Keith Ellison
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Keith Maurice Ellison (lahir di Detroit, Michigan, 4 Ogos 1963; umur 62 tahun) adalah seorang peguam dan juga ahli politik Amerika Syarikat. Ellison adalah Muslim pertama dan satu-satunya[1][2] Senator Muslim yang terpilih menjadi anggota kongres Amerika Syarikat, di mana beliau menang dalam sidang kongres Minnesota yang ke-5 (yang mencakupi seluruh Minneapolis) pada tahun 2006. Beliau juga adalah seorang yang berbangsa Afrika-Amerika pertama yang terpilih dari Minnesota.[3] Ellison juga aktif dalam sebuah kumpulan penyokong nasional bagi Muslim di Amerika Syarikat.[4][5][6][7]
Remove ads
Kehidupan
Keluarga Ellison telah menetap di AS sejak tahun 1742.[8] Keith Maurice Ellison adalah anak ketiga dari lima bersaudara, dilahirkan sebagai penganut agama Katolik Rom[9] di Detroit, Michigan, dari pasangan Leonard dan Clida Ellison, seorang pakar psikiatri dan pekerja sosial.[2][10] Ellison dan tiga saudaranya menjadi peguam, sedangkan yang seorang lagi menjadi doktor. Salah seorang saudara lelakinya juga menjadi seorang pastor di Detroit.[10] Beliau mempunyai kelulusan dari University of Detroit Jesuit High School and Academy pada 1981 di mana beliau tadinya aktif dalam sukan dan senat siswa.[10][11] Pada usia 19 tahun, sewaktu menjalani kuliah di Wayne State University di Detroit, Ellison telah berpindah agama dari Kristian Katolik Rom menjadi seorang penganut agama Islam Sunni.[12][13][14] Setelah lulus pada tahun 1987, beliau kemudian menikahi kekasihnya ketika di SMU[9] dan pindah ke Minneapolis untuk melanjutkan sesi pengajian di University of Minnesota Law School. Sejak berada dalam sesi pengajian kuliah, Ellison menulis beberapa rencana dokongan bagi Louis Farrakhan dari Nation of Islam, yang menyebabkan kontroversi semasa kempennya di dalam pemilihan pada tahun 2006. Pada tahun 1990 beliau lulus dengan gelaran Juris Doctor dalam bidang perundangan.[15][16]
Ellison dan isterinya, Kim, seorang guru Matematik,[17] mempunyai empat orang anak yang lahir antara tahun 1989 dan 1997.[18] Mereka adalah Amirah, Jeremiah, Elijah, dan Isaiah.[17]
Setelah lulus dari Fakulti Perundangan, Ellison bekerja di perusahaan Lindquits & Vennum selama tiga tahun, dimana beliau adalah seorang pakar litigator bagi hak-hak warganegara, ketenagakerjaan dan perlindungan undang-undang.[15][18] Ellison kemudian menjadi pengarah eksekutif di sebuah LSM kemanusiaan di Minneapolis, yang memberikan perlindungan undang-undang bagi orang-orang miskin.[18]
Remove ads
Kerjaya politik
Pada November 2002, Ellison terpilih menjadi anggota DPR Minnesota House District 58B Diarkibkan 2007-08-09 di Wayback Machine. Ketika beliau meraih kedudukannya, partinya adalah parti minoriti terkecil dalam sejarah Minnesota.[19]
Ellison memperoleh 84% suara dan terpilih kembali untuk wilayah Minnesota dalam pemilihan 2004. Beliau terpilih untuk menjawat jawatan selama beberapa tempoh dari tarikh 1 Julai 2005 hingga 1 Februari 2007. Kedudukan Ellison di Kongres sebelumnya dipegang oleh Martin Olav Sabo, yang merupakan salah satu dari lapan anggota Kongres dari Minnesota.[20]
Dalam pemilihan November 2006, Ellison berhadapan dengan Alan Fine dari Parti Republik, Jay Pond dari Parti Hijau, dan Tammy Lee dari Parti Kemerdekaan. Ellison memenangi pemilihan dengan cabutan suara 56%.[21][22] Ellison adalah orang keempat dari Minnesota sejak tahun 1943.
Remove ads
Catatan dan rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads