Kerajaan Belanda
negara berdaulat di Eropah Barat dan Caribbean From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kerajaan Belanda (Belanda: Koninkrijk der Nederlanden; pronounced [ˈkoːnɪŋkrɛiɡ dɛr ˈneːdərlɑndə(n)] ( listen)),[a] biasanya dikenali sebagai Belanda,[b] ialah sebuah negara berdaulat dan monarki berperlembagaan dengan 98% wilayah dan penduduknya di Eropah Barat dan dengan beberapa wilayah pulau kecil India Barat di Caribbean (dalam kumpulan Kepulauan Lindung Angin dan Antilen Lindung Angin).
Empat bahagian Kerajaan— Aruba, Curaçao, Belanda dan Sint Maarten— ialah negara juzuk (landen; kata tunggal land) dan mengambil bahagian atas dasar persamaan sebagai rakan kongsi dalam Kerajaan.[1] Walau bagaimanapun, dalam praktiknya, kebanyakan urusan Kerajaan ditadbir oleh tanah besar Belanda— yang merangkumi kira-kira 98% daripada kawasan tanah dan penduduk Kerajaan— bagi pihak seluruh Kerajaan. Akibatnya, Aruba, Curaçao dan Sint Maarten bergantung kepada Belanda dalm hal-hal seperti dasar luar dan pertahanan, tetapi berautonomi pada satu tahap tertentu, dengan parlimen mereka sendiri.
Sebahagian besar kawasan tanah negara juzuk Belanda adalah di Eropah, manakala tiga perbandaran khasnya (Bonaire, Sint Eustatius dan Saba) terletak di Caribbean, begitu juga dengan tiga negara juzuk yang lain. Kerajaan ini mempunyai penduduk sebanyak 17,737,438 orang setakat November 2019[kemas kini].
Remove ads
Negara juzuk
Kerajaan Belanda terdiri daripada empat negara juzuk: Belanda, Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten. Terdapat perbezaan antara Kerajaan Belanda dan Belanda: Kerajaan Belanda ialah sebuah negara berdaulat yang komprehensif, manakala Belanda adalah salah satu daripada empat negara juzuknya. Tiga pulau Caribbean (Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten) adalah tiga negara juzuk selebihnya. Tiga pulau Caribbean lain (Bonaire, Sint Eustatius, dan Saba) adalah perbandaran khas dalam negara Belanda. Sehingga pembubarannya pada 2010, pulau-pulau itu telah membentuk Antillen Belanda, kecuali Aruba, yang meninggalkan kumpulan itu pada 1986.
Jadual perbandingan
Remove ads
Garis masa negara juzuk
Remove ads
Nota
- Secara berasingan, Koninkrijk disebut [ˈkoːnɪŋkrɛik].
- Tidak dikelirukan dengan negara juzuk Belanda yang merupakan sebahagian Kerajaan. Ia boleh merujuk kepada Kerajaan dalam sesetengah konteks formal.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads