Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
Remove ads

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Telecommunication Union, ITU) merupakan badan antarabangsa yang bertugas memiawai dan mengawal atur radio dan telekomunikasi antarabangsa. Ditubuhkan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa, peranan utama ITU termasuk pemiawaian, pengagihan spektrum radio serta mewujudkan serta mengawal sambungan penggilan telefon antarabangsa. ITU merupakan agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

Fakta Segera Kerangka, Kependekan ...
Remove ads

Bahagian

ITU dibahagikan kepada tiga sektor, iaitu:

  • Sektor Pemiawaian Telekomunikasi yang diurus setia oleh Biro Pemiawaian Telekomunikasi
  • Sektor Radiokomunikasi yang diurus setia oleh Biro Radiokomunikasi
  • Sektor Pembangunan Telekomunikasi yang diurus setia oleh Biro Pembangunan Telekomunikasi

Keseluruhan ITU ditadbir oleh Sekretariat Am, yang diketuai oleh Setiausaha Agung.

Keahlian

Ahli-ahli ITU terdiri daripada negara ahli, ahli sektor dan ahli bersekutu. ITU dianggotai oleh 191 negara ahli, serta lebih daripada 800 ahli sektor awam dan persendirian bersekutu yang terdiri daripada syarikat dan pertubuhan telekomunikasi.

Antara negara ahlinya termasuk Kota Vatikan serta semua ahli PBB kecuali Palau dan Timor Leste. Taiwan dan Pihak Berkuasa Palestin juga tidak menganggotai ITU.

Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads