Khalifa bin Salman Al Khalifa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa (Arab: خليفة بن سلمان آل خليفة) (20 November 1935 – 11 November 2020)[1][2] merupakan ahli kerabat diraja Bahrain dan ahli poltik yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Bahrain dari tahun 1970 hingga kemangkatannya pada November 2020, telah memegang jawatan lebih setahun sebelum kemerdekaan Bahrain pada 15 Ogos 1971.[3]
Beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di mana-mana kerajaan di dunia. Di bawah Perlembagaan 2002, beliau hilang beberapa kuasanya, dengan Raja sekadang mempunyai kuasa melantik dan (bersama dengan parlimen Bahrain) memecat menteri.
Beliau juga ayahanda saudara sebelah ayahanda kepada Raja yang memerintah Hamad bin Isa Al Khalifa dan nenda saudara Putera Mahkota Salman, memandangkan beliau adinda kepada Emir sebelum ini Isa bin Salman Al Khalifa.
Remove ads
Kemangkatan
Khalifa mangkat di Mayo Clinic di Rochester, Minnesota pada 11 November 2020, hanya dua minggu sebelum ulang tahun keputeraan ke-85 beliau.[4]
Rujukan, gelaran dan kurniaan
Rujukan dan gelaran
- 24 November 1935 – 20 Februari 1942: Sheikh Khalifa bin Salman Al Khalifa
- 20 Februari 1942 – 21 Oktober 2009: Tuan Yang Terutama Sheikh Khalifa bin Salman Al Khalifa
- 21 Oktober 2009 – 11 November 2020: Yang Teramat Mulia Prince Khalifa bin Salman Al Khalifa
Putera Khalifa dinaikkan gelaran peribadi Putera dengan rujukan "Yang Teramat Mulia" pada 21 Oktober 2009.
Remove ads
Lihat juga
- Kabinet Bahrain
- Senarai ketua negara dan kerajaan sekarang
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads