Kickstarter

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kickstarter ialah sebuah syarikat faedah awam (public-benefit corporation)[2] yang beribupejabat di Brooklyn, New York menguruskan platform pendanaan khalayak global yang berfokuskan pada kreativiti.[3] Syarikat ini menyatakan misinya "membantu menjadikan projek-projek kreatif sebuah kenyataan".[4] Syarikat ini telah dilaporkan menerima cagaran sebanyak lebih daripada 1.9 bilion dolar A.S daripada 9.4 juta pelanggan untuk mendanai 257,000 projek kreatif seperti filem, muzik, pertunjukan teater, komik, kewartawanan, permainan video, teknologi serta projek yang berkait dengan makanan.[5]

Fakta Segera Maklumat umum, URL ...

Mereka yang menyumbang kepada dana projek-projek dalam laman ini ditawarkan ganjaran atau pengalaman yang nyata atau pengalaman sebagai pertukaran.[6] Model ini mendapat ilhamnya daripada konsep model langganan seni naungan, di mana para seniman berhubung dengan penonton mereka untuk meraih dana kewangan mereka.[7]

Remove ads

Model

Kickstarter merupakan salah satu platform pendanaan ramai untuk meraih duit daripada orang ramai yang menmintas kaedah pelanburan yang lama.[8][9] Tarikh tamat projek dipilih serta matlamat dana yang minimum. Jika matlamat tersebut tidak dipenuhi sebelum tarikh tamat tersebut, maka dana langsung tidak dikutip (sebaagi suatu kontrak jaminan).[10]

Kategori

Para pencipta mengkategorikan projek mereka kepada 13 bidang dan 36 subbidang [11] iaitu "Seni", "Komik", "Tarian", Reka Bentuk", "Fesyen", "Filem dan Video", "Makanan", "Permainan", "Muzik", "Fotografi", "Percetakan", "Teknologi" dan "Teater".

Garis panduan

Tiga garis panduan telah diwujudkan laman ini demi mengekalkan tumpuannya sebagai suatu plaform pendanaan untuk projek-projek kreatif:

  1. para pengeluar hanya boleh mendana projek sahaja;
  2. projek yang ingin dijalankan harus menepati mana-mana daripada 13 kategori kreatif; serta,
  3. pengeluar harus mengikut peraturan yang melarang pengunaan laman untuk tujuan tertentu termasuk amal kebajikan dan kempen kesedaran.

Kickstarter turut mempunyai keperluan tambahan untuk projek reka bentuk perkakasan dan produk, termasuk:[12][13]

  • Pengharaman imej footrealistik dan simulasi menunjukan penggunaan produk
  • Pengharaman projek organisma terubah suai secara genetik.[14]
  • Pengehadan anugerah kepada item tunggal atau "set wajar" barangan yang relevan kepada projek
  • Perlunya ada prototaip fizikal
  • Perlunya ada pelan pembuatan.

Garis-garis panduan ini direka untuk menekankan tujuan Kickstarter sebagai laman pendanaan projek semata-mata, bukannya untuk meletakkan pesanan barang. Untuk menegaskan tanggapan bahawa laman ini menyatukan usaha para pencipta dan pelanggan, para penciptadari semua kategori diminta menerangkan risiko dan cabaran yang dihadapi dalam menjalankan projek mereka, lalu mendidik orang ramai mengenai matlamat projek serta mengalakkan sumbangan kepada masyarakat mereka.[15]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads