Kieran Culkin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kieran Culkin
Remove ads

Kieran Kyle Culkin (lahir 30 September 1982) adalah seorang pelakon Amerika Syarikat.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Awal hidup

Kieran Kyle Culkin lahir pada tanggal 30 September 1982 di Bandar Raya New York hasil perkahwinan Christopher Cornelius "Kit" Culkin, seorang pelakon teater Broadway dan Patricia Brentrup, seorang asal Dakota Utara yang bekerja sebagai penjaga lalu lintas; Patricia bertemu Kit tahun 1974 semasa bekerja di Sundance, Wyoming.[1][2] Kieran anak keempat dalam tujuh adik beradik iaitu Shane (l. 1976), Dakota (1978–2008),[3] Macaulay (l. 1980), Quinn (l. 1984), Christian (l. 1987) dan Rory (l. 1989)[1] serta seorang kakak tiri bernama Jennifer (1970–2000).[4] Adik ayahnya, Bonnie, juga seorang pelakon.[5]

Beliau sekeluarga hidup serba kekurangan di kejiranan Yorkville, Manhattan; ayahnya yang bersara dalam bidang lakonan bertugas sebagai seorang penjaga kelengkapan gereja kejiranannya manakala ibunya bekerja sebagai pengendali talian telefon.[1] Mereka berpisah pada September 1995.[6]

Remove ads

Kerjaya lakonan

Kieran mula muncul filem pertamanya Home Alone sebagai Fuller McCallister, sepupu watak Kevin McCallister lakonan abangnya Macaulay. Beliau meneruskan lakonannya dalam Home Alone 2: Lost in New York, Father of the Bride, and its sequel, Father of the Bride Part II.

Beliau menceburi lakonan watak utama dalam filem-filem mandiri dan watak kecil dalam filem arus utama ketika ini. Salah satu filem ini, Music of the Heart meraih calonan Anugerah Akademi, filem Igby Goes Down dilakonkan beliau sebagai watak Igby Slocumb[7] meraih calonan kategori pelakon utama terbaik dalam Anugerah Golden Globe.

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...

Pementasan teater

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads