Kilometer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kilometer (simbol: km) yang merupakan sebahagian sistem metrik ialah unit untuk jarak yang sama dengan 1,000 meter. Meter ialah unit asas untuk jarak dalam Unit Sistem Antarabangsa (SI). Padanan untuk unit keluasan ialah kilometer persegi, manakala padanan untuk isi padu ialah kilometer padu.
hektometer << kilometer << megameter
Remove ads
Padanan dengan unit jarak yang lain
1 kilometer adalah sama dengan:
Penggunaan antarabangsa
Hampir semua negara di dunia mempergunakan kilometer sebagai ukuran jarak piawai, khususnya dalam papan tanda rangkaian jalan raya untuk menunjukkan jarak ke bandar raya, bandar, kampung, subbandar, dan sebagainya. Amerika Syarikat yang menggunakan Sistem di Raja British kini beransur-ansur menukarkan papan-papan tanda jalan raya di banyak negerinya kepada Unit Sistem Antarabangsa. Kekecualian utama ialah United Kingdom yang tidak bertujuan untuk berbuat demikian pada masa jangka pendek, satu keputusan yang berasaskan tradisi. Selain daripada United Kingdom, hanya Liberia dan Myanmar masih menggunakan batu.
Remove ads
Simbol Unikod
Untuk memastikan keserasian dengan aksara Cina, Jepun, dan Korea (CJK), Unikod mempunyai simbol yang berikut:
- kilometer (㎞) - kod 339E
- kilometer persegi (㎢) - kod 33A2
- kilometer padu (㎦) - kod 33A6
Bagaimanapun, kod ini hanya berguna untuk fon-fon lebar tetap Asia Timur CJK disebabkan saiznya adalah sama dengan satu aksara Cina.
Lihat juga
- 1 E3 m
- SI
- Awalan SI
- Sistem metrik
- Batu
- Verst
- Peringkat magnitud
- Penukaran unit untuk pembandingan dengan unit jarak yang lain
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads