Asami Konno
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Konno Asami (紺野あさ美, lahir Mei 7, 1987) ialah bekas anggota generasi kelima Morning Musume. Dia menyertainya pada Ogos 2001 bersama-sama dengan anggota generasi kelima yang lain iaitu Takahashi Ai, Ogawa Makoto, dan Niigaki Risa. Dia berundur dari Morning Musume dan Hello! Project pada Julai 23, 2006, untuk menyambung pelajaran dan memasuki universiti.
Remove ads
Profil
Konno menyertai Morning Musume pada 2001. Walaupun persembahannya Love Audition 21 (Loveオーディション 21, LOVE ōdishon nijuichi) dianggap sederhana oleh para juri ujibakat dan penerbit Morning Musume, Tsunku, dia mengambil keputusan untuk meluluskan Konno kerana potensinya masih boleh diperbaiki.
Dia membuat kemunculan sulung dalam single "Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~", dikeluarkan pada Oktober 31, 2001. Pada bulan yang sama, semasa pengambaraan rancangan hiburan muzik Utaban, dia telah mengalami kecederaan pada kakinya dan tidak dapat mengambil bahagian di beberapa persembahan.
Kemunculan album pertama Konno adalah pada Mac 27, 2002 iaitu album 4th Ikimasshoi!.
Pada 2003, dia juga terlibat dengan Morning Musume Sakuragumi sewaktu Morning Musume dipecahkan kepada 2 kumpulan.
Pada asalnya, Konno Asami adalah ahli sebuah kumpulan futsal, Gatas Brilhantes H.Psebagai penjaga gol bersama-sama Nozomi Tsuji.
Pada April 28, 2006, Konno mengumumkan pengundurannya bersama-sama Ogawa Makoto. Dia berundur dari Morning Musume dan Hello! Project pada Julai 23, 2006, untuk mengambil peperiksaan sekolah tinggi dan memasuki universiti.
Pada Jun 18, 2007 terdapat kenyataan yang menyatakan Konno akan kembali ke Hello! Project untuk menyambung karier futsal bersama-sama Gatas Brilhantes H.P. Ada juga kenyataan yang dia akan membuat persembahan di konsert musim panas di Nagoya pada Julai 17, 2007. Pada September 12, 2007, dia dan anggota Ongaku Gatas yang lain akan mengeluarkan kemunculan single "Narihajimeta Koi no BELL".
Remove ads
Fakta Menarik
- Di sekolah rendah, kawan-kawannya menggelarnya "Imonee" (イモネェ).
- Dia mempunyai tali coklat dalam karate.
- Nama gelaran "Pon-chan" telah diberi kepadanya oleh Matthew Minami, apabila dia membuat kesilapan semasa hendak menyebut "Kon-chan."
- Nama: Konno Asami (紺野あさ美)
- Nama panggilan: Konkon, Konchan, Ponchan, Konbu, Bukkonbu, Acchan, Asa
- Tarikh lahir: Mei 7, 1987
- Tempat lahir: Sapporo, Hokkaido Prefecture, Jepun
- Tinggi: 156cm
- Hobi: Bersenam, mendengar muzik, membeli-belah, dan bercakap
- Keistimewaan: Boleh bermain trombon
- Perkataan Kegemaran: 本気 (honki - kesungguhan)
- Warna Kegemaran: Putih, Coklat, Hitam dan Merah Jambu
- Makanan Kegemaran: Keju, Sushi, Daging, Kentang
- Musim Kegemaran: Musim panas dan salji
Remove ads
Penampilan
DVD
Drama
- 2002 – Angel Hearts
- 2002 – Ore ga Aitsu de Aitsu ga Ore de (おれがあいつであいつがおれで)
- 2003 – Kochira Hon Ikegami Sho 2 (こちら本池上署2) (Guest appearance in episode 11)[5]
- 2004 – New Cyborg Shibata (新サイボーグしばたっ!!, Shin Saibōgu Shibata!!)
- 2005 – Fight! Cyborg Shibata 3 (闘え!!サイボーグしばた 3, Tatakae!! Cyborg Shibata 3)
Filem
- 2002 – Tokkaekko (とっかえっ娘。)
- 2003 – Koinu Dan no Monogatari (子犬ダンの物語)
Photobooks (Buku Foto)
Source: [6]
Radio
Rancangan Televisyen
Remove ads
Jaluran Tambahan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads