Takahashi Ai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Takahashi Ai
Remove ads


Takahashi Ai (高橋 愛, lahir pada 14 September 1986) ialah ketua sebuah kumpulan di bawah naungan Hello! Project iaitu Morning Musume. Pada Ogos 2001, dia menyertai Morning Musume sebagai ahli generasi yang kelima bersama-sama dengan Niigaki Risa, Konno Asami dan Ogawa Makoto.

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Juga dikenali sebagai ...
Remove ads

Profil

Kemunculan sulung Takahashi adalah pada singles "Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~", dan dia muncul buat pertama kali di fourth studio album 4th Ikimasshoi!.

Pada awalnya, dialek Fukui Takahashi telah menarik perhatian dari penonton televisyen dan ahli-ahli Hello! Project yang lain. Dia telah membesar dengan baik sejak dia berpindah ke Tokyo dan mengambil latihan vokal professional, tetapi dia masih tersasul dalam dialek Fukui jika dia dalam keadaan takut atau terkejut. Ini telah menjadi subjek utama untuk Takahashi di dalam "Joshi Kashimashi Monogatari."

Pada 2003, dia juga terlibat dengan Morning Musume Sakuragumi sewaktu Morning Musume dipecahkan kepada 2 kumpulan.

Pada 2006, dia menjadi salah seorang ahli dalam Metro Rabbits H.P.. Apabila Kago Ai diberhentikan dari aktiviti kerana skandal rokok, Takahashi dilantik sebagai kapten yang baru.

Dalam Ribon no Kishi: The Musical, Takahashi memainkan peranan sebagai watak utama, Sapphire.

Pada musim panas 2006, Takahashi memperkenalkan solo singles yang pertama, "Yume Kara Samete."

Pada 2 Januari 2007, Tsunku mengumumkan yang Yoshizawa Hitomi akan berundur dari Morning Musume pada 6 Mei 2007, Fujimoto Miki menjadi ketua kumpulan yang baru, dan Takahashi menjadi naib ketua Morning Musume.

Pada 1 Jun 2007, UFA membuat kenyataan mengejut yang menyatakan Fujimoto Miki berundur dari Morning Musume mengikut jejak langkah Yaguchi Mari dan Takahashi menjadi ketua kumpulan yang baru.

Remove ads

Fakta Menarik

  • Nama gelaran "Tettekete" telah diberi oleh Ishibashi Takaaki dari Utaban. Ia dinamakan sebegitu kerana percakapannya seperti mesin Morse Code ("tette-te-tette-ke-kete"). Walau bagaimanapun, dia telah menjadi matang dan begitulah juga dengan dialek Fukuinya.
  • Buku foto Takahashi, 19 menduduki tempat pertama dalam kedudukan buku foto pada tahun 2006.
  • Mempunyai kelemahan dalam komunikasi di dalam bahagian kumpulan.
  • Seperti Nozomi Tsuji,Takahashi juga menganggap Matsuura Aya sebagai saingan.
  • Takahashi dan Niigaki Risa merupakan ahli paling lama berada dalam Morning Musume. Rekod sebelum ini dipegang oleh Iida Kaori
  • Nama: Takahashi Ai (高橋愛)
  • Nama panggilan: Ai-chan, Lovely, Takitty, Tettekete
  • Tarikh lahir: September 14, 1986
  • Tempat lahir: Sakai, Fukui Prefecture, Jepun
  • Tinggi: 153 cm
  • Hobi: Ballet
  • Makanan kegemaran: Sauce katsudon, omelette rice
  • Makanan yang tidak digemari: Mont blanc, eggplant, pineapple, musubi, perilla leaves
  • Warna kegemaran: Hitam, Putih, pink
  • Perkataan kegemaran: Friend
  • Musim kegemaran: Autumn
  • Bunga kegemaran: Roses
  • Lagu kegemaran: Tsumetai Umi / Start in My Life by Kuraki Mai
Remove ads

Penampilan

Photobooks (Buku Foto)

Maklumat lanjut #, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Title, Start date ...

Rancangan Televisyen

Maklumat lanjut Show, Start date ...


Radio

Maklumat lanjut Program, Start date ...

DVD

Maklumat lanjut #, Title ...
Remove ads

Jaluran Tambahan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads