Kriogen (geologi)

tempoh geologi kedua era Neoproterozoik From Wikipedia, the free encyclopedia

Kriogen (geologi)
Remove ads

Kriogen (daripada perkataan Bahasa Yunani Kuno: κρύος, krýos, bermaksud "sejuk" dan γένεσις, génesis, bermaksud "kelahiran") merupakan suatu tempoh geologi yang kedua pada era Neoproterozoik bermula 720 hingga 635 juta tahun dahulu.[3] Tempoh ini didahului oleh Tempoh Tonos dan diikuti oleh Tempoh Ediakara.

Fakta Segera Kronologi, Etimologi ...

Tempoh Kriogen merupakan tempoh masa berlakunya perubahan biosfera yang drastik. Selepas kepegunan iklim sewaktu Tempoh Bosan Bilion Tahun, tempoh Kriogen bermula dengan pengglasieran Sturt yang teruk, sehingga membekukan keseluruhan Bumi dengan Bumi pada ketika itu berada dalam keadaan Bumi Bola Salji. Selepas 70 juta tahun berlalu pengglasieran tersebut berakhir, tetapi dengan segera Bumi pada ketika itu mengalami pengglasieran Marino yang juga merupakan peristiwa global. Peristiwa-peristiwa pembekuan global ini masih diperdebatkan secara saintifik khususnya sama ada: (1) peristiwa-peristiwa tersebut meliputi keseluruhan Bumi, atau (2) terdapat satu kawasan kecil di lautan terbuka berhampiran khatulistiwa yang terselamat daripada pengglasieran. Keadaan yang kedua dikenali sebagai keadaan Bumi Bola Lecah Salji (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "slushball Earth").

Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjutan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads