Roti bulan sabit

From Wikipedia, the free encyclopedia

Roti bulan sabit
Remove ads

Roti bulan sabit, roti tanduk, kroisan atau juga dikenali dengan nama bahasa Perancisnya croissant (kʁwa'sɑ̃, ) merupakan sejenis roti berupa pastri yang berasal dari Perancis dicirikan bentuk menyerupai "bulan sabit" yang memberi asal namanya (bandingkan dengan perkataan seasal dalam bahasa Inggeris iaitu crescent).[1] Penghasilan roti yang berbentuk sedemikian memerlukan tahap kesabaran kerana ia dapat memakan waktu dalam tempoh beberapa hari. Ketika ini roti bulan sabit dalam jumlah yang besar biasanya dibuat dengan menggunakan mesin.

Thumb
Roti bulan sabit

Terdapat pelbagai cara roti ini dijamukan dari rantau ke rantau: di Perancis, ia biasanya dijual tanpa dimasukkan isinya lalu dimakan begitu sahaja. Di negara-negara lain pula, roti jenis ini ada diisi dengan pelbagai inti seperti coklat, daging dan sebagainya.

Remove ads

Sejarah

Roti ini pada asalnya datang dari kifli atau kipferl, sejenis roti yang lazim di Hungary dan Austria sejak abad ke-13.[2] Roti kifli ini diperkenalkan ke Perancis oleh August Zang, seorang pegawai tentera Austria yang membuka kedai roti khususnya sendiri pada 1838 atau 1839 di no. 92 rue de ("jalan") Richelieu in Paris.[3] Ia menjadi sangat digemari sehingga ia lazim sebagai suatu hidangan sarapan biasa di dunia Barat sejak catatan yang wujud tahun 1869.[4]

Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads