Kubu Merah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kubu Merahmap
Remove ads

Kubu Merah atau Lāl Qila ialah kubu bersejarah di kota Delhi di India yang berfungsi sebagai kediaman utama Maharaja Empayar Mughal. Maharaja Shah Jahan menugaskan pembinaan semula Kubu Merah pada 12 Mei 1638, ketika baginda memutuskan untuk memindahkan ibu kotanya dari Agra ke Delhi. Awalnya berwarna merah dan putih, reka bentuknya dikreditkan kepada arkitek yang membinanya semula antara 16 Mei 1639 dan Mei 1648.

Fakta Segera Kubu Merah लाल क़िला لال قلعہRed Fort, Lokasi ...
Thumb
Setiap tahun pada Hari Kemerdekaan India (15 Ogos), Perdana Menteri mengibarkan "bendera tiga warna" India di pintu utama kubu dan menyampaikan ucapan yang disiarkan seluruh negara dari bentengnya.

Pada 15 Ogos 1947, perdana menteri pertama India, Jawaharlal Nehru, menaikkan bendera kebangsaan India di atas Gerbang Lahori.[1] Setiap tahun pada Hari Kemerdekaan India (15 Ogos), perdana menteri akan mengibarkan "bendera tiga warna" India di pintu utama kubu dan menyampaikan ucapan yang disiarkan ke seluruh negara dari benteng kubu.[2]

Remove ads

Etimologi

Nama binaan ini terjemahan nama asal tempat ini dalam Bahasa Hindustan, Lāl Qila ( Hindi: लाल क़िला, Urdu: لال قلعہ);[3][4] warna merah (lāl) penampilan kubu ini berasal dari dinding batu pasirnya yang dijadikan bahan binaan ia.

Kubu ini turut pernah pada awalnya dikenali sebagai "Kubu Diberkati" (Qila-i-Mubārak) ketika ia dijadikan persemayaman maharaja[5][6] Lāl Qila pada ketika ini merupakan nama lain untuk Kubu Agra.

Remove ads

Sejarah

Kubu ini dibina semula pada tahun 1639 oleh Shah Jahan. Maharaja Mughal kelima, sebagai istana ibu kotanya yang bekubu di Shahjahanabad, Kubu Merah dinamakan kerana tembok batu pasir merahnya yang besar. Pangsapuri maharaja terdiri daripada deretan astaka, dihubungkan oleh saluran air yang dikenali sebagai Aliran Syurga (Nahr-i-Bihisht ). Kompleks kubu ini "dianggap mewakili puncak kreativiti Mughal di bawah Shah Jahan",[7] dan walaupun istana ini dirancang sesuai dengan prototaip Islam, setiap astaka mengandungi unsur-unsur seni bina khas bangunan Mughal yang mencerminkan perpaduan unsur-unsur budaya Parsi, Timuriyah dan Hindu.[8] Gaya seni bina inovatif Kubu Merah, termasuk reka bentuk kebunnya, mempengaruhi bangunan dan kebun di Delhi, Rajasthan, Punjab, Kashmir, Braj, Rohilkhand dan tempat lain.[9]

Kubu itu telah dijarah karya seni dan permatanya semasa pencerobohan Nadir Shah ke atas Empayar Mughal pada tahun 1747. Sebilangan besar struktur marmar berharga kubu tersebut kemudiannya dimusnahkan oleh Inggeris berikutan Pemberontakan tahun 1857.[10] Tembok pertahanan kubu sebahagian besarnya masih selamat, dan kubu tersebut kemudian digunakan sebagai garison. Kubu Merah juga merupakan tempat di mana British membicarakan Maharaja Mughal terakhir, Bahadur Shah II sebelum mengasingkannya ke Yangon (ketika itu Rangoon) pada tahun 1858.[11]

Ia ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2007 sebagai sebahagian dari Kompleks Red Fort.[9][12]

Thumb
Pemandangan Kubu Merah pada 1785 dari Jharokha di tengah dan Masjid Moti di sebelah kanan.

Kini, Kubu Merah muncul di belakang not ₹ 500 dari Siri Baru Mahatma Gandhi bagi matawang rupee India.[13]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads