Kuda laut
genus ikan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kuda laut (Jawi: كودا لاوت) ialah sejenis ikan laut dalam genus Hippocampus dalam keluarga Syngnathidae order Syngnathiformes. Kuda laut ialah perenang yang lebih perlahan daripada arus laut dan perlu menggunakan ekornya untuk menahan pada rumpai laut sebelum dihanyutkan.
Peristilahan
Kata "kuda laut", atau turut disebut sebagai "kuda-kuda laut", adalah terjemahan langsung bagi kata Inggerisnya seahorse disebabkan keterkaitannya dengan binatang tersebut.
Ia turut dikenali dengan nama "unduk-unduk", yang merupakan turunan akar proto-Melayu-Polinesia Barat,[1]:128-129 khususnya di Pantai Timur.[perlu rujukan] Kata ini turut dipakai untuk merujuk pada kelompok ikan kecil dalam subkeluarga Syngnathinae,[2] atau merujuk khusus pada spesies ikan berkepala tirus dalam subkeluarga tersebut iaitu Doryichthys boaja.[3] Selain itu, ia turut dikenali sebagai korek telinga atau tangkur kuda.
Remove ads
Ciri-ciri
Spesies-spesies kuda laut ini wujud daripada sekecil 1.5 hingga sebesar 35.5 sentimeter.[4] Kepala dan muncungnya panjang[5] berleher menyerupai kuda begitu juga dengan ekor badan. Kepala ikan ini turut berjambul seakan-akan bermahkota; setiap spesies mempunyai bentuk jambul tersendiri.[6] Kedua-dua biji matanya dapat bergerak sendiri seakan-akan mata sesumpah.[5] Ekornya menggulung sepanjang masa kecuali dalam keadaan tertentu.[7]
Haiwan ini dianggap sama jenis dengan ikan cuma tidak bersisik sebaliknya berkulit nipis diregangkan meruas pada rerangka berbuku gelang keras yang melindungi daripada bahaman pemangsa;[8] setiap spesies mempunyai bilangan buku gelang badan yang tersendiri.[9]
Remove ads
Tabiat
Pergerakan
Kuda laut berenang dengan badan yang menegak sambil menggerakkan sirip belakang manakala sirip sisi (atau pektoral) kepalanya digunakan untuk mengemudi. Pergerakannya sangat perlahan maka ia sering memaut pada objek pegun menggunakan ekornya.
Ia mampu menyamar dengan baik, bahkan juga mampu menumbuhkan bonjol sendiri pada badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.[10]
Pemakanan
Kuda laut menggunakan muncung panjang untuk menyedut makanan di sekelilingnya.[5]
Pembiakan
Telur-telur yang disenyawakan oleh si betina pasangan dimasukkan ke dalam kantung perut si jantan yang bertisu lembut,[11] membekalkan bekalan oksigen dan peredaran haba eraman secukupnya serta membantu penyahtinjaan.[12] Si jantan pasangan pula akan menghasilkan hormon prolaktin yang penting untuk tumbesaran telur-telur pada ketika ini. Kebuntingan si jantan mengambil masa 2 hingga 4 minggu.
Anak-anak ikan menetas dalam kantung yang dikawal tahap kemasinannya agar dapat dibiasakan dengan air laut secara beransur-ansur.[13][14][15]
Hubungan dengan manusia
Kuda laut dipercayai oleh masyarakat nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagai suatu haiwan yang kuat kerana tenangnya mengharungi air yang deras[16]:302 serta mampu menghalau jampi atau semangat jahat: ketulan ikan ini yang dikeringkan sering digantung di depan pintu rumah untuk tujuan ini,[17] begitu juga dengan motif ukiran pada kepala atau salir tingkap rumah Melayu[18] mahupun pada ukiran haluan perahu kolek.[16]:302 Rupa kuda laut atau unduk-unduk ini juga sering ditunjukkan pada corak songket dan ukiran keris.[17]
- [19]
- Hippocampus whitei Bleeker, 1855
- Hippocampus zebra Whitley, 1964
- Hippocampus zosterae Jordan & Gilbert, 1882
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads