Kejora (kugiran)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kejora merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada era awal 90an yang berasal dari Negeri Sembilan. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Remove ads
Latar belakang
Kejora merupakan kumpulan rock yang terawal di Negeri Sembilan, dengan sejarah penubuhannya berbalik ke tahun 1982. Kumpulan ini telah diasaskan oleh usahawan dan bakal ADUN Labu, Allahyarham Shahlan Shaid (1950–2019) dengan menggabungkan dua buah kugiran iaitu Platinum dan SJ Band yang kebanyakkan ahlinya berasal dari perkampungan-perkampungan FELDA, terutamanya Sendayan dan L.B. Johnson di Daerah Seremban. Barisan keanggotaannya yang asal terdiri daripada Dollah@Dode selaku penyanyi dan pemain bes, Nasir dan Kamarul masing-masing di posisi gitaris dan Ridhuan@Ujang di posisi pemain dram.

Dengan Fuad sebagai teraju baharu dan Dode beralih ke posisi bes, Kejora mula dikenali ramai setelah menyertai Gagasan War Rock pada tahun 1986 anjuran Mutiara Records, iaitu syarikat rakaman sama yang mengesan dan mengasah bakat Medicine, satu lagi kumpulan rock yang senegeri dengannya. Mereka turut mengambil bahagian dalam War Rock II (1988) dan turut merakamkan lagu dalam album War Rock II. Walau bagaimanapun, War Rock II mendapat sambutan yang tidak memberangsangkan berbanding album sebelumnya.
Selepas album War Rock II, Fuad dan Ridhuan menarik diri daripada Kejora dan tempat mereka telah digantikan oleh dua orang pemuda dari Seremban, Rozi dan Jilan. Rozi@Ozi merupakan adik kepada Manap (vokalis DIA), manakala Jilan sebelum ini menyertai Kejora sebagai ahli kru. Dengan selesainya penggantian ahli, Kejora mula bertolak ke ibu negara untuk mengadakan sesi rakaman album studio sulung di FGM Studio. Namun begitu, setelah proses rakaman sudahpun selesai, Dode mengambil keputusan untuk keluar dari Kejora atas sebab-sebab peribadi. Mengambil kira beberapa faktor tertentu, komposer Afzainizam Ismail, yang merekrut mereka selepas War Rock II, menjual urusan penerbitan kepada studio JMC. Album pertama (merangkap tunggal) mereka, Dalila (1989), telah diterbitkan oleh JMC, dengan Suara Cipta Sempurna (SCS, anak syarikat Rock Records) berperanan sebagai ejen pengedar. Antara lagu-lagu yang menjadi hits daripada album ini termasuklah "Dalila", "Bila Kasih Menyepi", "Seruan Damai", dan "Cinta Sepi". Berikutan peluncuran album Dalila, nama Kejora mula meniti di bibir peminat-peminat muzik rock tanah air.
Pada tahun berikutnya, Kejora ditawarkan kontrak rakaman untuk album studio kedua oleh SCS, akan tetapi dibalas dengan keputusan pembubaran kumpulan itu berikutan ketidakpuasan hati dalam kalangan anggota atas khabar mengenai jualan album Dalila yang samar-samar.
Remove ads
Keahlian
Berikut adalah perkembangan barisan keanggotaan Kejora sejak awal penubuhan hingga pembubaran.
Kejora 1982
- Dode - vokal dan bes
- Nasir - gitar utama
- Kamarul - gitar kedua
- Ridhuan - dram
Kejora 1985
- Fiza - vokal
- Nasir - gitar utama
- Kamarul - gitar kedua
- Dode - bes
- Ridhuan - dram
Kejora 1986-88
- Fuad - vokal
- Nasir - gitar utama
- Kamarul - gitar kedua
- Dode - bes
- Ridhuan - dram [a]
Kejora 1989-90
Remove ads
Diskografi
Album studio
- Dalila (terbitan SCS, 1989)
Album kompilasi
Lagu-lagu
- "Angkara"
- "Bila Kasih Menyepi"
- "Cinta Sepi"
- "Dalila"
- "Seruan Damai"
- "Mencari Mimpi"
- "Pepayung Kasih"
- "Mimpi Yang Takkan Termimpi Lagi"
- "Ku Bukan Impianmu"
- "Malaysia"
- "Darjat"
Catatan
[a] Kemudiannya menyertai CRK
[b] Menarik diri sebelum album Dalila dikeluarkan
[c] Berhijrah ke kumpulan DIA di bawah nama Amat Cina/Mike
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads