Laksamana (kugiran)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Laksamana merupakan salah satu kumpulan rock Malaysia[1] yang mencipta nama sekitar tahun 1990-an.[2] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Kumpulan yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini (seangkatan dengan DIA, Kejora, Medicine, Spring dan Stings) terkenal dengan lagu "Gugurnya Bunga Cinta" yang mendapat sambutan baik daripada para peminatnya.[3]
Remove ads
Latar belakang
Sejarah awal penubuhan Laksamana bermula pada sekitar pertengahan 1980an apabila Nizam, seorang pemuda dari Seri Menanti, sedang bekerja di sebuah pasar malam di Seremban. Majikan beliau secara kebetulannya juga meminati muzik. Beliau memiliki studio jamming dan menyediakan perkhidmatan sewaan sistem PA untuk majlis-majlis perkahwinan. Mengetahui bakat nyanyian Nizam, beliau mempelawanya untuk terus berlatih bersama rakan-rakan seperjuangan - Lokman@Man Second di posisi gitaris, Mizi@Lax'mira, sepupu kepada Nizam, di posisi bes merangkap ketua kumpulan, dan Amir@Jumier di posisi pemain dram - di studio miliknya yang terletak di Wisma Punca Emas selepas habis waktu bekerja. Ibarat sambil menyelam minum air, kesempatan ini juga digunakan oleh mereka untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan di bawah nama Ikhsan. Pada waktu itu Ikhsan juga menerima persaingan sengit dengan kumpulan-kumpulan rock senegeri seperti Kejora, Olan, Medicine dan seumpamanya.
Sepanjang tiga tahun, mereka bermain di bawah nama ini sehingga mereka terpanggil untuk membuat persembahan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur bagi mengganti tempat kumpulan CRK yang tidak dapat hadir. Persembahan mereka di sana secara kebetulannya dihadiri oleh Ismail Ahmad Nawab, anak kepada penggubah lagu tersohor Allahyarham Ahmad Nawab. Melalui pertemuan mereka dengan Ismail, mereka ditawarkan kontrak rakaman album di bawah naungan syarikat rakaman Bertelsmann Music Group (BMG), dan dari situlah mereka dijenamakan semula sebagai Laksamana atas saranan Ahmad Nawab, atas sebab nama tersebut bersifat kemelayuan dan lebih komersial.[4]
Sepanjang karier muzik mereka, Laksamana hanya sempat merakamkan dua album studio sahaja, kedua-duanya diterbitkan oleh Nawab Productions (NP) dan diedar oleh BMG. Album pertama berjudul Syukur (1991) mendapat sambutan hangat dengan lagu "Gugurnya Bunga Cinta". Sementara lagu "Bulan Madu Dalam Hempedu" dipetik dari album kedua mereka berjudul Resah yang diluncurkan setahun kemudian.
Berbeza dengan album sebelumnya, Resah tidak mencapai angka jualan yang tinggi. Album ini masih mengekalkan konsep yang hampir dengan album terdahulu.
Remove ads
Barisan keanggotaan
Diskografi
Album-album studio
Runut
Syukur
- "Gugurnya Bunga Cinta"
- "Itulah Caraku"
- "Akukah Yang Terlewat"
- "Kehilangan"
- "Kita Adalah Sama"
- "Bunga Berbisa"
- "Hadirlah Kasih"
- "Aku Adalah Mentarimu"
- "WCB 8104"
- "Pelangi (Gerimis Sepi)"
Resah
- "Curang"
- "Apa Kau Kan Bikin"
- "Luka Di Kemudian"
- "Panji Si Dalang"
- "Kembalikan Irama Cintamu"
- "Bulan Madu Dalam Hempedu"
- "Lantas Menjulang Resah"
- "Setelah Mencermin Diri"
- "Koran Dari Parak"
- "Bayangan Yang Tak Pasti"
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads