Wildcatz

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kumpulan Wildcatz merupakan sebuah kumpulan enam remaja penyanyi wanita yang aktif di Malaysia pada 2001. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Fakta Segera Asal, Kegiatan berkaitan ...

Kumpulan Wildkatz dianggotai oleh enam remaja terdiri daripada Riffa, Amanda, Winnie, Misha, Fina dan Gina. Mereka bermula dengan pengalaman sebagai penghibur di kelab-kelab dan hotel seluruh negara, dan kini mencebur dalam bidang hiburan dengan menerbitkan album sulung mereka, dengan konsep dance pop rock.

Album sulung mereka telah diterbitkan oleh Benny Ardjuna yang merupakan seorang penerbit berpengalaman dalam pembikinan album-album bercorak Dance Muzik, dan juga orang yang pernah mengangkat nama kumpulan Freshies dan kumpulan Def Gab-C menerusi lagu Ibukota Cinta suatu ketika dahulu.

Selain itu Wildkatz juga menggunakan sentuhan pemuzik berpengalaman di dalam album mereka seperti Kid (Search), Shah (Slam), Julian Mokhtar (Blues Gang), Ija (Medicine) dan Along (Exist) bagi menghasilkan album sulung mereka itu. Antara lagu yang terdapat dalam album mereka ialah Sesungguhnya Ku Mencintaimu, Jangan Jadi Hantu, Selamat Hari Jadi dan Impian Harapan.

Remove ads

Anggota

Kumpulan Wildcatz merupakan kumpulan penyanyi yang mempunyai seramai 6 orang anggota wanita.[1] Senarai anggotanya adalah :-

  1. (Gina) Dyanti Gina Juliana
  2. (Miesha) MiaAlkaff [2]
  3. (Amanda) Nor Hazlinda Husain Amanda @ Norhazlinda Husain
  4. (Ida) Ida Royani M Suhaimi
  5. (Winnie) Rosni binti Abd. Rahman
  6. (Riffa/Rifa) Sharifah Azizah Syed Zin[3]

Diskografi

Album

  • WILDKATZ
  1. SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAI MU
  2. JANGAN JADI HANTU
  3. SELAMAT HARI JADI
  4. IMPIAN HARAPAN
  5. HEY U
  6. CERIA
  7. KEMBALI PADA KU
  8. SESUNGGUHNYA AKU MENCINTAI MU ( KARAOKE )
  9. ESOK PASTI MENANTI
  10. SEMALAM KU BERMIMPI

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads