Kuprum(II) sulfat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kuprum(II) sulfat
Remove ads

Kuprum(II) sulfat atau terusi (Jawi: تروسي[3] atau ترشي, dari Parsi: ترش‎, rumi: tursy "masam" melalui Tamil: துருசி turuci[4]) ialah sebatian garam yang biasa bagi kuprum dengan formula CuSO4. Kuprum(II) sulfat wujud dalam satu siri sebatian-sebatian yang berbeza-beza dari segi darjah penghidratannya. Kuprum(II) sulfat kontang berbentuk serbuk, manakala kuprum(II) sulfat terhidrat berwarna biru terang.

Fakta Segera Nama, Pengecam ...
Remove ads

Penyediaan

Oleh sebab ia terdapat secara komersil, kuprum sulfat biasanya dibeli, dan tidak disediakan di makmal. Ia dihasilkan melalui tindak balas asid sulfurik dengan bermacam-macam jenis sebatian kuprum(II), seperti kuprum(II) oksida dan kuprum(II) karbonat. Tindak balas sedemikian biasanya dianggap sebagai tindak balas asid dan bes.

Kebanyakan kuprum sulfat wujud dalam alam semulajadi dalam bentuk pentahidrat (CuSO4 · 5H2O). Mineral ini dikenali sebagai kalkantit. Kuprum(II) sulfat mengurai sebelum melebur. Bentuk pentahidrat yang lazim ternyahhidrat, iaitu kehilangan empat molekul airnya pada 110 °C dan kelima-lima molekul air pada 150 °C. Pada 650 °C, kuprum(II) sulfat mengurai menjadi kuprum(II) oksida (CuO), sulfur dioksida (SO2) dan oksigen (O2).

Remove ads

Penggunaan

Dalam perindustrian

Thumb
Hablur kuprum(II) sulfat dibesarkan mikroskopi pada 100x

Ia boleh digunakan dalam penyaduran logam bersama kuprum, sebagai racun kulat atau racun herba, atau untuk ujian kimia bagi air (bentuk kontangnya akan menyerap air dan bertukar menjadi biru). Apabila dicampurkan dengan kapur, ia dinamakan larutan Bordeaux. Ia juga digunakan dalam larutan Fehling untuk ujian gula penurun, iaitu gula penurun akan menurunkan ion Cu2+ak biru kepada kuprum(I) oksida merah. Penggunaan-penggunaan lain termasuklah pewarna rambut dan pemprosesan barangan kulit dan tekstil.

Kuprum sulfat juga digunakan untuk menguji darah bagi mengesan anemia. Setitik darah pesakit dititiskan ke dalam bekas yang mengandungi kuprum sulfat, dan jikalau ia tenggelam pada masa-masa yang tertentu, maka pesakit mempunyai tahap hemoglobin yang mencukupi dan tidak menghidapi anemia. Jika titisan darah terapung atau tenggelam dengan sangat perlahan, maka pesakit adalah kekurangan besi dan berkemungkinan menghidapi anemia.

Dalam ujian nyala, ion kuprum memancarkan cahaya hijau-kebiruan gelap, lebih kebiruan daripada ujian nyala bagi barium.

Kuprum(II) sulfat juga sejenis bahan pengering.

Apabila dihangatkan dalam nyalaan terbuka, hablur kuprum(II) sulfat akan terhidrat dan bertukar menjadi putih kekelabuan.

Kuprum sulfat biasanya antara bahan-bahan kimia yang dimasukkan dalam set kimia kanak-kanak dan selalunya digunakan dalam eksperimen-eksperimen pertumbuhan hablur dan penyaduran kuprum semasa sekolah menengah.

Thumb
Serbuk anhidrat CuSO4

Dalam perubatan

Bahan ini pernah digunakan secara tradisi dalam perubatan lama Melayu untuk merawat sakit puru,[3][5] kurap,[5] sakit selepas bersalin,[5] serta "sakit gigi yang berulat".[6]

Remove ads

Keselamatan

Walaupun kuprum penting bagi kebanyakan organisma hidup, akan tetapi kuprum(II) sulfat adalah beracun.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads