Kura-kura gergasi Seychelles

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kura-kura gergasi Seychelles
Remove ads

Kura-kura gergasi Seychelles (Aldabrachelys gigantea hololissa) ialah subspesies kura-kura dari genus Aldabrachelys.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Asalnya mereka mendiami kawasan granit Kepulauan Seychelles, tetapi kerap dibunuh oleh sekumpulan besar pelayar-pelayar Eropah terdahulu dan penduduk setempat bagi mendapatkan dagingnya. Akhirnya pada tahun 1840 subspesies ini dianggap pupus, bersama dengan subspesies Kura-kura gergasi Arnold, yang juga mendiami pulau yang sama.

Namun, penemuan terkini mendapati spesies ini masih lagi wujud walaupun hanya tinggal beberapa ratus ekor sahaja di dalam hutan di Pulau Silhouette. Disebabkan pembangunan oleh Syarikat Kepulauan Seychelles (IDC) pada tahun 2011, haiwan-haiwan ini diusir ke kawasan pedalaman.[2]

Remove ads

Ciri-ciri

Thumb
Spesimen dewasa yang masih hidup

Subspesies Kura-kura gergasi Aldabra-Seychelles boleh dibezakan melalui bentuk karapas. Tapi disebabkan kebanyakan spesimen yang dibela mempunyai gangguan semasa proses pembentukan karapas, mereka menjadi sukar untuk dibezakan.

Kura-kura gergasi Seychelles (A. g. hololissa) mempunyai bahagian belakang yang luas, rata dan skut yang tinggi, berwarna coklat-kelabu. Sebagai perbandingan, Kura-kura Aldabra betul (A. g. gigantea) sebenarnya memiliki cangkerang belakang yang melengkung, dan berwarna hitam. [3]

Remove ads

Sejarah hidup

Kura-kura Aldabra dianggap haiwan yang mempunyai usia yang panjang. Sesetengah individu Kura-kura gergasi Aldabra hidup melebihi 200 tahun, dan hal ini sukar ditentukan kerana usia tersebut menjangkau umur pengkajinya sendiri. Adwaita, salah satu daripada empat ekor kura-kura gergasi yang dibawa oleh pelayar British dari Kepulauan Seychelles dan dijadikan sebagai hadiah kepada Robert Clive, dari Syarikat Hindia Timur Inggeris pada abad ke-18. Ia kemudiannya diletakkan di Zoo Calcutta pada tahun 1875. Pada bulan Mac 2006, Adwaita mati dan dikatakan telah mencapai umur maksimumnya iaitu 255 tahun (dilahirkan pada 1750).[4] Kini, Jonathan, seekor lagi Kura-kura gergasi Seychelles, berusia 186 tahun, dikatakan kura-kura tertua yang masih hidup, dan Esmeralda, berusia 170 tahun, menjadi kura-kura kedua tertua, selepas kematian Harriet pada umur 176 tahun, iaitu seekor Kura-kura gergasi Galapagos.

Jonathan dianggarkan berusia 186 tahun dari Saint Helena, dipercayai satu-satunya subspesies ini yang masih hidup (dan kemungkinan besar haiwan yang tertua masih hidup kini)[5]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads