Labirin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Labirin
Remove ads

Labirin (Yunani: Λαβύρινθος, rumi: Labýrinthos) diceritakan dalam mitologi Yunani sebagai struktur rumit terdiri daripada jalan menuju arah yang mengelirukan mengikut suatu bentuk lingkaran yang tetap. Ia dibina oleh Daidalos untuk Raja Kriti, Minos, di Knossos untuk memerangkap Minotauros, suatu raksasa berkepala lembu yang akhirnya dibunuh oleh Theseus; bahkan Daidalos sungguh mahir membina ia sehingga dia sendiri hampir tidak dapat lolos setelah membinanya.[2]

Thumb
Corak[pautan mati kekal] yang dipercayai labirin asal dalam cerita Theseus melawan Minotauros, dari kepingan duit logam Kriti (s. 400–200 SM) lewat Zaman Batu dan awal Zaman Gangsa.[1]

Orang ramai seringkali bertindih sangka dengan pagar sesat kerana berkongsi ciri yang sama, namun banyak pakar sarjana dan peminat kontemporari melihat perbezaan antara kedua-duanya: labirin hanya memiliki satu jalan masuk keluar ke dalam pusat manakala pagar sesat lebih mempunyai jalan bercabang yang membawa ke pelbagai arah dan jalan keluar.[3][4][5][6]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads