Laluan MRT Bulatan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Laluan MRT Bulatan
Remove ads

Laluan Bulatan[1] (bahasa Inggeris: Circle Line, CCL) ialah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) keempat di Republik Singapura. Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini mempunyai kepanjangan 35.5 kilometer (22.1 bt) dengan 30 buah stesen dari Dhoby Ghaut hingga ke HarbourFront (tidak termasuk Bukit Brown). Satu laluan susur (lanjutan laluan Circle) menghubungkan Promenade dengan Teluk Marina melalui Bayfront. Laluan Circle ialah laluan kedua di Singapura yang beroperasi secara automatik dan tanpa pemandu sepenuhnya, dan ia antara laluan alihan laju tanpa pemandu terpanjang di dunia.[2]

Fakta Segera Umum, Nama lain ...

Laluan Circle merupakan laluan bermuatan sederhana pertama di Singapura. Sebagai laluan jenis tersebut, setiap kereta api bagi laluan Circle mempunyai konfigurasi tiga gerabak berbanding enam gerabak seperti yang terdapat pada laluan–laluan MRT yang lain (kecuali laluan Downtown). Sehingga Mei 2015, jumlah perjalanan penumpang hariannya adalah seramai 398,000 orang.[3]

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Circle ditunjukkan dengan warna jingga (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "CC" atau "CE".

Remove ads

Stesen

Maklumat lanjut Nombor, Stesen ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads