Landsat 7
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Landsat 7 merupakan satelit ketujuh dari Program Landsat. Dilancarkan pada 15 April 1999, matlamat utama Landsat 7 adalah untuk memuat semula arkib global gambar satelit dan menyediakan imej terkini dan lebih jelas tanpa awan. Program Landsat diuruskan dan dikendalikan oleh Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), dan data dari Landsat 7 dikumpul dan diedarkan oleh USGS. Projek NASA World Wind membenarkan imej tiga dimensi (3D) dari Landsat 7 dan sumber-sumber lain untuk dilayari secara bebas dan dlihat dari pelbagai sudut.
Remove ads
Spesifikasi satelit


Landsat 7 direka untuk bertahan selama lima tahun dan mempunyai kebolehan mengumpul dan menghantar sehingga 532 imej setiap hari. Ia berada dalam orbit polar dan orbit segerak matahari, bermaksud ia mengimbas seluruh permukaan bumi. Dengan altitud 705 kilometer +/- 5 kilometer, ia mengambil 232 orbit atau 16 hari untuk berbuat sedemikian. Berat satelit tersebut adalah 1973 kg dengan panjang 4.04 meter dan diameter 2.74 meter. Tidak seperti satelit sebelumnya, Landsat 7 mempunyai kepadatan memori 378 gigabit (kira-kira 100 imej). Alat utama di papan Landsat 7 adalah Enhanced Thematic Mapper Plus (ETM +).
Remove ads
Imej satelit

Pada Ogos 1998, NASA memberi kontrak kepada EarthSat untuk menghasilkan Landsat GeoCover (Geocover 2000 dalam NASA World Wind) — imej Thematic Mapper dan Multispectral Scanner yang tepat yang meliputi sebahagian besar jisim bumi. Kontrak ini sebahagian daripada Perolehan Data Saintifik NASA yang diuruskan melalui Pusat Angkasa John C. Stennis. GeoCover kemudiannya dipertingkatkan kepada EarthSat NaturalVue, warna semulajadi simulasi Landsat 7 yang diperoleh sekitar tahun 2000, dataset imej digital yang diselaraskan, mosaik dan berwarna seimbang. Produk komersial lain yang dibina dari imeh NASA Landsat 7 termasuklah TerraColor dari Earthstar Geographics, TruEarth (terdapat dalam Google Earth dan Google Maps) dari TerraMetrics, BrightEarth dari ComputaMaps, warna semulajadi simulasi dari Atlogis dan sebuah produk i-kuib yang digunakan dalam World Wind.
Sebahagian besar permukaan bumi yang dipaparkan pada perkhidmatan pemetaan web seperti Google Maps/Google Earth, MSN Maps atau Yahoo Maps didasarkan pada imej Landsat 7 yang dipertingkatkan dan pengimbangan warna.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
