Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai
lapangan terbang di Tamil Nadu, India From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai (IATA: MAA, ICAO: VOMM) merupakan lapangan terbang antarabangsa yang melayani bandar Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, India. Ia terletak di Tirusulam, kira-kira 20 km (12 batu) barat daya dari pusat bandar. Perkhidmatan udara pertama kali dijalankan pada tahun 1915 dan lapangan terbang ini dibangunkan pada tahun 1930. Lapangan terbang ini berfungsi sebagai ibu pejabat serantau selatan bagi Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) untuk India Selatan yang merangkumi negeri-negeri Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, Tamil Nadu, Telangana, serta wilayah kesatuan Lakshadweep dan Puducherry.
Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang kelima tersibuk dari segi trafik penumpang dan pergerakan pesawat, dan lapangan terbang keempat tersibuk dari segi muatan kargo yang ditangani di India. Ia juga merupakan lapangan terbang ketiga tersibuk di India dari segi trafik antarabangsa. Pada tahun kewangan 2023-24, lapangan terbang ini mengendalikan lebih daripada 21 juta penumpang dan 0.34 juta tan kargo. Lapangan terbang ini menawarkan penerbangan penumpang menyambung ke semua enam benua , dan penerbangan langsung ke tiga daripadanya.Pada tahun 2024, lapangan terbang ini mempunyai tiga terminal penumpang yang beroperasi. Terminal 1 dan Terminal 4 mengendalikan trafik domestik, manakala Terminal 2 mengendalikan operasi antarabangsa.
Lapangan terbang ini diubungi oleh Stesen Metro Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai (Metro Chennai) dan Stesen keretapi Tirusulam (Keretapi Pinggiran Chennai)
Remove ads
Syarikat Penerbangan dan Destinasi
Penerbangan domestik beroperasi dari Terminal 1, perlepasan antarabangsa beroperasi dari Terminal 4 dan Terminal 2 bersepadu, manakala Terminal 3 yang lebih lama digunakan untuk ketibaan antarabangsa. Terminal lama di Meenambakkam digunakan untuk operasi kargo.
Penumpang
Kargo
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads