Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan
Lapangan Terbang di Bandar Taoyuan, Republik China From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan (IATA: TPE, ICAO: RCTP) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Taipei, Taiwan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan terletak pada kedudukan Latitud N25* 04.8100', Longitud E121* 13.9333' pada ketinggian 32.61 meter dari aras laut..
Remove ads
Terminal
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan kini mempunyai dua terminal yang dihubungkan oleh dua laluan pengangkutan automatik pendek (people mover).[1] Terminal ketiga sedang dalam pembinaan, manakala terminal keempat telah dirancang namun rancangan tersebut mungkin dibatalkan. Sistem MRT Akses Lapangan Terbang Taoyuan menghubungkan semua terminal secara bawah tanah dan menyediakan pengangkutan ke Bandar Taipei.[2][3]
Terminal 1


Terminal 1 ialah terminal penumpang asal bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan. Bangunan ini direka oleh jurutera struktur kelahiran China dan berdarah Taiwan-Amerika, Tung-Yen Lin, dan dipengaruhi oleh reka bentuk Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles Washington oleh Eero Saarinen.[4][5] Terminal lima tingkat seluas 169,500 m2 (1,824,000 ka2) ini, bersama lapangan terbang, dibuka pada tahun 1979 bagi mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Songshan Taipei.[6] Semua penerbangan antarabangsa dipindahkan ke lapangan terbang ini selepas terminal ini siap dibina. Terminal 1 mempunyai 22 pintu udara (gate). Sebaris 11 pintu terletak di bahagian utara menghadap landasan utara, dan sebaris lagi di bahagian selatan menghadap landasan selatan. Kedua-dua konkor ini dihubungkan oleh bangunan utama yang menempatkan kawasan daftar masuk, tuntutan bagasi, imigresen pasport dan pemeriksaan keselamatan. Secara keseluruhan, ia membentuk huruf "H". Semua pintu dilengkapi dengan jambatan jet. Pintu di hujung konkor mempunyai satu jambatan jet manakala pintu di bahagian tengah mempunyai dua. Pada asalnya terminal ini berwarna putih, namun seiring waktu, warna fasad berubah menjadi lebih kusam dan kekuningan disebabkan usia dan pencemaran udara dari Taipei.
Setelah Terminal 2 siap, beberapa pintu Terminal 1 dialih keluar bagi memberi ruang kepada Terminal 2. Kini, Terminal 1 mempunyai 18 pintu udara.[7] Huruf abjad diperkenalkan selepas Terminal 2 siap dibina. Konkor Utara kini dikenali sebagai Konkor A dan Konkor Selatan sebagai Konkor B. Sebelum Terminal 2, pintu udara bernombor dari 1 hingga 22. China Airlines menggunakan Konkor A untuk kebanyakan penerbangan mereka di Terminal 1, manakala Cathay Pacific beroperasi di Konkor B.
Pada tahun 2012, projek pengubahsuaian terminal yang direka oleh arkitek Jepun Norihiko Dan,[8] telah disiapkan, dengan menggandakan keluasan lantai, menambah kaunter daftar masuk, kawasan beli-belah dan kemudahan tempat letak kereta. Reka bentuk luar dan dalam terminal turut diubah sepenuhnya. Kapasiti Terminal 1 kini ialah 15 juta penumpang setahun.[perlu rujukan] Projek ini memenangi Anugerah Seni Bina Taiwan 2014 daripada Persatuan Arkitek Taiwan.[9]
Terminal 2


Terminal 2 dibuka pada tahun 2000 bagi mengurangkan kesesakan di Terminal 1 yang semakin uzur.[10] Pada masa pembukaannya, hanya Konkor Selatan disiapkan, dengan 10 pintu udara, setiap satunya mempunyai dua jambatan jet dan pusat pemeriksaan keselamatan tersendiri. Konkor Utara dibuka kemudian pada tahun 2005, menjadikan jumlah pintu udara Terminal 2 sebanyak 20 buah; pusat pemeriksaan keselamatan kemudiannya dipusatkan di hadapan kawalan pasport. Kemudahan seluas 318,000 m² ini mampu mengendalikan 17 juta penumpang setahun.[10]
Konkor Selatan dan Utara dikenali juga sebagai Konkor C dan D. Terminal 1 dan 2 dihubungkan oleh dua laluan pengangkutan automatik pendek, dari Konkor A ke D dan dari B ke C. China Airlines menggunakan Konkor D untuk kebanyakan penerbangannya di Terminal 2, manakala EVA Air menggunakan Konkor C.
Satu projek pengubahsuaian untuk meningkatkan kapasiti tahunan kepada 22 juta penumpang diumumkan pada tahun 2018. Pengubahsuaian Terminal 2 siap pada tahun 2020.
Terminal 3 (dalam pembinaan)
Pembinaan Terminal 3 merupakan sebahagian daripada projek pengembangan Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. Terminal 3 yang berkeluasan 540,000 meter persegi ini direka oleh Rogers Stirk Harbour + Partners dan akan menampung 45 juta penumpang setahun.[11] Terminal baharu ini pada asalnya dirancang untuk dibuka pada tahun 2020, namun projek ini tertangguh dan sasaran siap ditangguhkan ke tahun 2026.[12] Syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan memiliki 70% projek pembinaan ini (AS$1.1 bilion), manakala selebihnya dipegang oleh RSEA Engineering dari Taiwan.[13]
Terminal 4 (rancangan dihentikan)
Terminal 4 yang baharu pada asalnya dirancang sebagai sebahagian daripada pengembangan, namun disebabkan jumlah pembinaan yang besar, Kementerian Pengangkutan mengarahkan syarikat lapangan terbang supaya menghentikan projek ini bagi mengurangkan ketidakselesaan kepada para penumpang.[14]
Remove ads
Syarikat Penerbangan dan Destinasi
Penumpang
Kargo
Remove ads
Statistik
Laluan tersibuk
Syarikat penerbangan utama
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads