Leeds

From Wikipedia, the free encyclopedia

Leeds
Remove ads

Leeds (English: /ˈldz/) ialah sebuah bandar di kaunti Yorkshire Barat, England. Bandar ini terletak di lembah Sungai Aire di kawasan kaki bukit timur Pennines. Bandar ini ialah bandar terbesar di kaunti dengan populasi 516,298 orang, dengan kawasan metropolitan Bandar Leeds memiliki jumlah penduduk seramai kira-kira 812,000 orang pada 2021.[1][2] Bandar ini adalah sebahagian daripada West Yorkshire Built-up Area, kawasan perbandaran keempat terbesar UK dengan 1.7 juta orang penduduk.[3]

Fakta Segera Luas, Penduduk ...

Leeds pada asalnya ialah sebuah petempatan kecil pada abad ke-13, dan menjadi pusat penghasilan dan perdagangan kapas pada abad ke-17 dan ke-18 ketika Revolusi Perindustrian; selain kapas, flaks, penghasilan besi, kegiatan kejuruteraan dan percetakan juga menjadi industri utama.[4] Daripada sebagai bandar pasar di lembah Sungai Aire pada abad ke-16, Leeds berkembang dan menjadi lebih utama berbanding kota York berdekatan,[5] dan menyerap kampung-kampung sekeliling sehingga menjadi bandar pusat ketara menjelang abad ke-20, dan memperoleh status bandar pada 1893.[6]

Kini, Leeds terkenal dengan pusat-pusat beli-belah yang banyak seperti Leeds Kirkgate Market.[5] Bandar ini terletak kira-kira di tengah-tengah di antara London dan Edinburgh, dan berkedudukan di kawasan lebuh-lebuh raya utama Britain seprti M1, M62 dan A1(M),[7] dan menempatkan stesen kereta api Leeds, salah satu stesen-stesen rel utama England Utara bersama dengan stesen Manchester Piccadilly.[8]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads