Legundi Residensi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Legundi Residensi merupakan sebuah kawasan kejiranan terbaharu yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya sangat strategik dan sesuai untuk golongan berkeluarga kerana dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan seperti pusat jagaan kanak-kanak, sekolah rendah agama, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan hinggalah kepada pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri.[1]

Legundi Residensi hanya terletak 37 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, 12 km ke Bandar Baru Bangi, 30 km ke Putrajaya dan 35 km ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Legundi Residensi yang dibangunkan Bangi Height Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat pemaju hartanah terkemuka UM Land Berhad menawarkan kehidupan gaya moden dan dalam masa yang sama memberi persekitaran yang tenang kepada penghuninya.[2]

Remove ads

Pengenalan

Legundi Residensi dinamakan sempena sejenis tumbuhan berbunga serta mempunyai khasiat perubatan iaitu legundi atau nama saintifiknya Vitex trifolia.[3]

Legundi Residensi Fasa 11B

Mula dilancarkan secara rasmi pada 16 April 2011 dengan berkeluasan 3.37 ekar. Ia melibatkan pembangunan beberapa jenis rumah seperti:

No.JenisKeluasanBilangan
1 Legundi Residensi Arisa (Type A) Rumah banglo 2 tingkat - 2,981 kaki persegi 1 Unit
2 Legundi Residensi Bella (Type B) Rumah berkembar 2 tingkat - 50' x 70' 1 Unit
3 Legundi Residensi Camilla (Type C) Rumah berkembar 2 tingkat - 35' x 65' 11 Unit
4 Legundi Residensi Delia (Type D) Rumah kluster 2 tingkat - 35'x 75' 20 Unit
3 Legundi Residensi Erra (Type E) Rumah kluster 2 tingkat - 35' x 65' 32 Unit

Legundi Residensi Fasa 11A

Fasa terakhir ini dilancarkan pada 19 dan 20 November 2011 melibatkan kawasan seluas 8.44 ekar, dengan menyasarkan nilai kasar pembangunan (GDV) kira-kira RM58 juta. [4]

No.JenisKeluasanBilangan
1 Legundi Residensi Fiona (Type F) Rumah banglo 2 tingkat - keluasan pelbagai 3 Unit
2 Legundi Residensi Gia (Type G) Rumah kluster 2 tingkat - 35' x 75' 52 Unit
3 Legundi Residensi Hana (Type H) Rumah berkembar 2 tingkat - 40' x 75' 16 Unit
Remove ads

Rujukan

Pautan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads