Lemak monotaktepu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lemak monotaktepu
Remove ads

Dalam bidang biokimia dan nutrisi, asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids, MUFA) merupakan asid lemak yang mempunyai satu ikatan kembar (double bond) dalam rantaian asid lemak manakala semua atom karbon yang lain berikatan tunggal (single bond). Sebagai kontras, asid lemak politaktepu (PUFA) mempunyai lebih daripada satu ikatan kembar.

Thumb Thumb

Senarai lemak monotaktepu

Maklumat lanjut Nama am, Nama lipid ...
Remove ads

Kesihatan

Lemak monotaktepu mencegah penyakit otot jantung dengan memberikan lebih kebendaliran membrane daripada lemak tepu, tetapi lebih rentan kepada peroksidasi lipid (rancidity). Kajian KANWU besar-besaran mendapati bahawa menambah pengambilan lemak monotaktepu serta mengurangkan lemak tepu boleh meningkatkan kepekaan insulin, tetapi hanya apabila pengambilan lemak keseluruhan itu rendah.☃☃ Akan tetapi, sesetengah asid lemak monotaktepuseperti mana lemak teputsmungkin memupuk kerintangan insulin, sedangkan asid lemak politaktepu mungkin mencegah kerintangan tersebut.[1][2] Kajian menunjukkan bahawa menggantikan pengambilan lemak monotaktepu dengan lemak tepu adalah dikaitkan dengan meningkatnya aktiviti fizikal harian dan penggunaan tenaga rehat. Lebihnya aktiviti fizikal dikaitkan dengan pengambilan asid oleik yang lebih tinggi daripada asid palmitik. Daripada kajian itu didapati bahawa menambah pengambilan lemak monotaktepu mengurangkan kecenderungan untuk marah.[3]

Remove ads

Sumber

Lemak monotaktepu terdapat dalam otot haiwan seperti daging merah dan lemak, hasil tenusu penuh, kekeras, dan buah-buahan tinggi lemak seperti zaitun dan avokado. Minyak zaitun adalah kira-kira 75% lemak monotaktepu.[4] Sumber-sumber lain termasuk minyak avokado, minyak kacang makadamia, minyak kacang tanah, minyak bijan, minyak jagung, bertih jagung, whole grain gandum bijian penuh, bijirin, oatmeal, minyak badam, minyak bunga matahari, dan sebagainya.[5]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads