Lemas

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lemas
Remove ads

Lemas atau kelemasan ditakrifkan sebagai gangguan pernafasan akibat berada di dalam sesuatu cecair.[7][9] Kelemasan biasanya berlaku secara senyap, dengan hanya beberapa orang sahaja yang dapat mengapai tangan atau jerit meminta bantuan.[2] Gejala selepas penyelamatan mungkin termasuk masalah pernafasan, muntah, kekeliruan atau tidak sedar diri.[3][1] Kadangkala gejala mungkin tidak muncul sehingga enam jam selepas kelemasan.[1] Kelemasan mungkin menjadi rumit dengan suhu badan yang rendah, aspirasi muntah, atau sindrom gangguan pernafasan akut.[4][10]

Fakta Segera Drowning, Keterangan ...

Peristiwa lemas lebih kerap berlaku pada waktu cuaca panas dan mereka yang kerap terlibat dengan aktiviti air.[4][5] Antara faktor-faktor risiko termasuklah penggunaan alkohol, epilepsi dan status sosioekonomi yang rendah.[5] Tempat biasa berlakunya kelemasan termasuk kolam renang, tab mandi, badan air semula jadi dan baldi.[1][7] Pada mulanya seseorang yang terlibat itu menahan nafas, yang diikuti dengan kekejangan larinks (laringospasma), dan kemudian penurunan aras oksigen.[4] Kemasukan air secara banyak ke dalam peparu biasanya hanya berlaku pada tahap yang terkemudian.[4] Kes berkaitan boleh dikelaskan kepada tiga jenis: lemas dengan susulan kematian, lemas dengan susulan masalah kesihatan berterusan, dan lemas tanpa masalah kesihatan berterusan.[9]

Usaha untuk mengelak kelemasan termasuklah mengajar kanak-kanak berenang, melakukan amalan menaiki bot dengan selamat, dan mengehad atau mengalihkan akses kepada badan air seperti pemagaran kolam.[5][6] Rawatan bagi mereka yang tidak bernafas harus dimulakan dengan melancarkan saluran pernafasan dan memberi lima nafasan.[7] Untuk mereka yang jantungnya tidak berdegup dan telah berada di bawah air kurang daripada satu jam CPR disyorkan.[7] Kadar pengekalan nyawa adalah lebih baik di kalangan mereka yang berada di dalam air dengan masa yang lebih singkat.[7] Di kalangan kanak-kanak yang masih hidup, hasil yang buruk berlaku dalam kira-kira 7.5% kes.[7]

Pada tahun 2015, terdapat anggaran 4.5 juta kes lemas yang tidak sengaja berlaku di seluruh dunia.[8] Pada tahun itu, terdapat 324,000 kematian akibat lemas, menjadikannya punca ketiga utama kecederaan tidak sengaja selepas kejatuhan dari tempat tinggi dan kemalangan jalan raya.[11] Lima puluh enam ribu kes di kalangan kematian tersebut berlaku pada kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun.[11] Kelemasan menyumbang 7% daripada semua kematian berkaitan kecederaan, dengan lebih daripada 90% daripada kematian ini berlaku di negara membangun.[5][11] Lemas berlaku lebih kerap berlaku di kalangan lelaki serta golongan muda.[5]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads