Lexus UX
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lexus UX (Jepun: レクサス・UX, Hepburn: Rekusasu UX) merupakan sebuah SUV crossover subkompak mewah yang dikeluarkan oleh Lexus, bahagian mewah bagi syarikat Toyota. Pada Mac 2018, Lexus UX telah diperkenalkan di Geneva Motor Show sebagai model crossover paling kecil dalam barisan kereta Lexus di bawah model NX. Toyota Corolla siri E120 berkongsi platform yang sama denganya, iaitu platform GA-C.[9] Nama "UX" bermaksud "Urban Explorer".[2]
Remove ads
Varian
UX200
Model UX200 mempunyai enjin l4 M20A-FKS 2.0 liter bersama penghantaran CVT Direct Shift dan mempunyai konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) sahaja.[10][11]
UX 250h/260h
Model UX250h (dijual sebagai 260h di China) mempunyai enjin l4 M20A-FXS 2.0 liter bersama dengan penghantaran eCVT. Terdapat konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dan sistem pacuan semua roda (AWD) E-Four Toyota.[12][13] Sistem hibridnya menggunakan bateri logam-nikel hidrida 1.4kWh.[14]
UX300e
Pada 2019, di Guangzhou International Automobile Exhibition, Lexus memperkenalkan UX300e. UX300e merupakan kereta bateri elektrik pertama mereka. Jarak elektrik yang didakwa ialah 400 km (249 bt)[15] bagi ujian kitaran NEDC atau 299 km (186 bt)[16] bagi ujian kitaran WLTP test cycle. Jenis bateri yang digunakan ialah ion litium dengan output 54.3 kWh.[15]
- UX260h (MZAH10, China)
- UX 250h F Sport 2019 (MZAH10, Jerman)
- UX 250h F Sport 2019 (MZAH10, Jerman)
- Lexus UX 300e Luxury 2021 (KMA10R, Jepun)
- Bahagian dalaman (UX200)
- Enjin M20A-FKS dalam UX200
Remove ads
Pasaran
UX merupakan sebuah model global dan dijual di lebih 80 negara di seluruh dunia.[17]
Asia
Malaysia
Model UX telah ditayangkan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur international Motor Show 2018.[18] Model tersebut telah dilancarkan pada tahun 2020 dengan harga bermula daripada RM 243,888[19] Hanya model UX200 yang dijual; trim yang ditawarkan ialah Urban, Luxury dan F Sport, namun varian UX250h akan mula dijual bermula model tahun 2023.[20] Kesemua varian mempunyai enjin M20A-FKS 2.0 liter bersama CVT Direct Shift.[19]
Singapura
Lexus UX telah dilancarkan di Singapura pada tahun 2019 dan dijual oleh Borneo Motors. Model UX200 dan UX250h yang dijual.[21]
Indonesia
Model UX telah dilancarkan pada tahun 2020. Model UX 200, UX 250h dan UX 200 F Sport yang dijual. Lexus Indonesia turut menjual model UX 300e, yang buat penampilan pertamanya di Asia Tengara.[22]
Amerika Utara
UX dilancarkan pada Disember 2018.[23][24][25][26] UX dijual sebagai model hibird secara ekskluif untuk model tahun 2023.
Eropah
Jualan bermula Oktober 2018.[27]
Australia
Jualan bermula pada sukuan pertama tahun 2019.[28]
Remove ads
Jualan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
