Little Miss Sunshine
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Little Miss Sunshine ialah sebuah filem drama-komedi Amerika Syarikat 2006 diarahkan oleh Jonathan Dayton dan Valerie Faris. Skrip ditulis oleh Michael Arndt. Filem ini dibintangi Greg Kinnear, Steve Carell, Toni Collette, Paul Dano, Abigail Breslin dan Alan Arkin dan dihasilkan oleh Big Beach Films dengan bajet sebanyak US$8 juta.[1][2] Penggambaran bermula pada Jun 6, 2005 dan mengambil tempat selama lebih 30 hari di Arizona dan California Selatan.
Filem ini dibuka di Festival Filem Sundance pada Januari 20, 2006 dan hak pengedarannya dibeli oleh Fox Searchlight Pictures.[3] Filem ini mengadakan tayangan terhad di Amerika Syarikat pada Julai 26, 2006 dan kemudiannya ditayangkan lebih meluas bermula Ogos 18.[1]
Little Miss Sunshine mengutip $100.5 juta di seluruh dunia. Filem ini dicalonkan empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan memenangi dua: Skrip Asal Terbaik untuk Michael Arndt dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk Alan Arkin.
Remove ads
Pelakon
- Greg Kinnear sebagai Richard Hoover
- Steve Carell sebagai Frank Ginsberg
- Toni Collette sebagai Sheryl Hoover (née Ginsberg)
- Paul Dano sebagai Dwayne Hoover
- Abigail Breslin sebagai Olive Hoover
- Alan Arkin sebagai Edwin Hoover
- Bryan Cranston sebagai Stan Grossman
- Dean Norris sebagai Polis Negeri McCleary
- Wallace Langham sebagai Kirby
- Beth Grant sebagai Pegawai Ratu Cantik Jenkins
- Mary Lynn Rajskub sebagai Pembantu Ratu Cantik Pam
- Matt Winston sebagai MC Ratu Cantik
Remove ads
Tayangan
Box office
Little Miss Sunshine mengutip $59,891,098 di Amerika Syarikat dan $40,632,083 di peringkat antarabangsa dengan jumlah terkumpul $100,523,181.[1]
Penerimaan kritis
Di Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 91% berdasarkan 208 ulasan dengan purata rating 7.7/10.[4] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 80 daripada 100 berdasarkan 36 pengkritik.[5]
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads