Lizzy Caplan

pelakon Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia

Lizzy Caplan
Remove ads

Elizabeth Anne "Lizzy" Caplan (lahir 30 Jun 1982) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Selepas membuat penampilan filem pertamanya pada tahun 2002, Caplan mula dikenali selepas muncul dalam filem Mean Girls (2004) dan Cloverfield (2008) dimana beliau dicalonkan untuk Anugerah Zuhal bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Caplan juga membintangi siri televisyen The Class, True Blood, Party Down dan Masters of Sex.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Beliau juga muncul dalam filem Hot Tub Time Machine (2010), 127 Hours (2010), Save the Date (2012), Bachelorette (2012), The Interview (2014) dan Now You See Me 2 (2016). Beliau juga muncul dalam filem pendek Marvel Cinematic Universe, Item 47.

Remove ads

Kehidupan awal

Caplan dilahir dan dibesarkan di Miracle Mile, Los Angeles, California.[1] Keluarganya berketurunan Yahudi.[2][3] Bapanya merupakan seorang peguam dan ibunya merupakan seorang setiausaha politik.[4] Ibunya meninggal dunia ketika beliau berumur 13 tahun.[5][6] Caplan menghadiri Sekolah Tinggi Alexander Hamilton dan merupakan pelajar dalam Akademi Muzik sekolah itu. Beliau pada mulanya fokus untuk bermain piano dan kemudiannya memutuskan untuk menceburi bidang drama.[7] Beliau juga bermain untuk pasukan bola sepak sekolahnya.[8] Beliau tamat persekolahan pada tahun 2000 tetapi tidak menghadiri kolej kerana ingin menumpukan bidang lakonan.

Remove ads

Kerjaya

Caplan memulakan karier lakonannya pada tahun 1999 sebagai Sara dalam siri televisyen Freaks and Geeks.[9] Kerana prestasi lakonannya, karakter beliau menjadi teman wanita karakter Jason Segel.[10] Beliau kemudiannya membuat beberapa penampilan tetamu dalam siri dan rancangan televisyen. Caplan muncul dalam video muzik Jason Mraz untuk lagu "You and I Both". Pada tahun 2000, beliau muncul dalam filem pertamanya, From Where I Sit.[11] Pada tahun 2001, beliau melakonkan watak Tina Greer dalam sebuah episod Smallville dan menyambung wataknya dalam siri itu pada tahun 2003. Beliau muncul dalam dua episod siri ABC, Once and Again. Pada tahun 2003, beliau membintangi siri televisyen The Pitts sebagai Faith Pitt. Beliau mula terkenal selepas melakonkan watak Janis Ian di dalam filem tahun 2004, Mean Girls. Beliau melakonkan watak Avery Bishop dalam musim kedua Tru Calling.

Pada tahun 2005, Caplan melakonkan watak Marjee Sorelli dalam Related, sebuah drama komedi The WB yang dibatalkan selepas semusim. Pada tahun 2006, beliau membintangi sebagai Sara Weller di dalam filem thriller, Love is the Drug.[12] Selepas Related berakhir, Caplan dipilih untuk berlakon dalam sitkom CBS, The Class yang pertama kali ditayangkan pada bulan September 2006. Beliau melakonkan watak Kat Warbler.[12]

Pada tahun 2008, Caplan melakonkan watak Marlena Diamond di dalam filem Cloverfield. Beliau menerima pencalonan Anugerah Zuhal untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Beliau juga muncul sebagai Ami di dalam filem romantik komedi, My Best Friend's Girl. Kemudiannya pada tahun itu, beliau membintangi sebagai Amy Burley dalam siri HBO, True Blood. Beliau menyuarakan watak Faith Pitt dalam versi animasi The Pitts yang ditayangkan pada tahun 2009. Beliau juga muncul dalam siri komedi, Party Down. Pada tahun 2010, beliau muncul dalam 127 Hours.

Pada awal tahun 2012, Caplan mempunyai dua filem di Festival Filem Sundance: Save the Date dan Bachelorette. Juga pada tahun 2012, beliau muncul sebagai Julia dalam beberapa episod sitkom Fox, New Girl.

Beliau melakonkan watak Ejen Lacey di dalam filem tahun 2014, The Interview.

Masters of Sex (2013-sekarang)

Pada tahun 2013, beliau mula melakonkan watak Virginia Johnson di dalam siri televisyen Masters of Sex.[13] Musim pertama siri ini menerima pujian meluas dan rating tinggi. Caplan juga menyumbang suara untuk lagu "You Don't Know Me" di dalam episod "Phallic Victories".[14] Lakonan beliau diterima dengan baik dan pada 10 Julai 2014, beliau menerima pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Wanita Cemerlang dalam Drama Bersiri.[15]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Caplan menjalin hubungan dengan Matthew Perry bermula tahun 2006 sehingga 2012.[16][17][18][19] Beliau ibu baptis anak perempuan Busy Philipps dan Marc Silverstein.[20]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads