Lambang ASEAN

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lambang ASEAN
Remove ads

Lambang ASEAN ialah lambang Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang diguna pakai pada Julai 1997[1] bersama-sama dengan bendera ASEAN. Walaupun lambang semasa telah digunakan selama bertahun-tahun, garis panduan rasmi telah diterima pakai pada Mesyuarat ke-6 Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) di Hanoi, 8 April 2010.[2]

Fakta Segera Butiran, Jenis ...
Remove ads

Peraturan dan tatacara penggunaan logo ASEAN

Ketua Setiausaha ASEAN telah diberi tanggungjawab untuk mengawal penggunaan Logo ASEAN.

Logo ini menjadi logo rasmi ASEAN. Reka bentuk dan warnanya perlulah tepat. Logo ini boleh hadir dalam bentuk hitam putih atau berwarna.

Sebagai prinsip asas, logo ini perlulah digunakan untuk tujuan dan dalam keadaan yang baik, dan tidak boleh digunakan sebagai iklan untuk propaganda politik.

Penggunaan logo oleh Sekretariat ASEAN

Sekretariat ASEAN boleh menggunakan logo ini untuk perkara yang dikira sesuai oleh Ketua Setiausaha termasuk:

  • Dipamerkan di bangunan Sekretariat dan kediaman Ketua Setiausaha.
  • Digunakan sebagai kepala surat.
  • Digunakan sebagai penutup rasmi Sekrerariat
  • Digunakan dalam penerbitan rasmi, buku atau majalah beridentitikan ASEAN
  • Digunakan sebagai tanda kepunyaan Sekretariat.
  • Digunakan dalam pakaian seragam atau tanda identiti yang dipakai oleh anggota Sekretariat.
  • Digunakan sebagai pameran ketika majlis rasmi, perjumpaan, mesyuarat dan pameran.
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads