Love Today
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Love Today ialah sebuah filem komedi romantik berbahasa Tamil tahun 2022 dari India. Filem ini diarahkan oleh Pradeep Ranganathan dan diterbitkan oleh AGS Entertainment . Pradeep juga memainkan watak utama dalam filem ini (dalam penampilan sulungnya sebagai pelakon utama), dengan, Ivana. Raveena Ravi, Yogi Babu, Sathyaraj, Radhika Sarathkumar, Akshaya Udayakumar, Prathana Nathan, Adithya Kathir dan Aajeedh Khalique turut berlakon dalam peranan sokongan.
Ia adalah adaptasi daripada filem pendek arahan Pradeep sendiri, App(a) Lock (2020). Filem ini mengisahkan seorang pemuda yang perlu menukar telefonnya dengan teman wanitanya selama 24 jam sebelum perkahwinan mereka atas arahan bapa gadis yang bersikap curiga.
Love Today ditayangkan di pawagam pada 4 November 2022. Filem ini mejadi sebuah kejayaan besar dari segi kritikan dan kutipan, meraih ₹105 crore berbanding bajet ₹5 crore. Walaupun begitu, ia mendapat kritikan akbat sifat seksis watak-watak utamanya. [3] Filem ini telah dibuat semula oleh penerbit yang sama dalam bahasa Hindi dengan judul Loveyapa (2025).
Remove ads
Pelakon
- Pradeep Ranganathan sebagai Uthaman Pradeep
- Master Mahanth sebagai Uthaman masa muda
- Ivana sebagai Nikitha Iyengar
- Raveena Ravi sebagai Divya
- Yogi Babusebagai Dr. Yogi
- Sathyaraj sebagai Venu Shastri Iyengar
- Radhika Sarathkumar sebagai Saraswathi
- Akshaya Udayakumar sebagai Shwetha Iyengar
- Prathana Nathan sebagai Namitha
- Bharath sebagai Mani
- Adithya Kathir sebagai Bhaskar
- Aajeedh Khalique sebagai Revi
- A. U. Navin Kirubhakar sebagai Mamakutty
- Vijay Varadaraj sebagaiKaushik
- Gurubaai sebagai Pengikut Instagram Nikitha
- Azhaar Ateef sebagai Kawan sekerja Kaushik
- Master Arav sebagai Pultheesh
- Sandy (Penampilan Khas dalam lagu "Saachitale")
Remove ads
Penerbitan
Pembangunan
Selepas kejayaan Comali (2019), Pradeep Ranganathan mengumumkan projek seterusnya yang akan diterbitkan oleh Kalapathi S. Aghoram di bawah syarikat AGS Entertainment di bawah judul sementara sebagai AGS 22.[4] Dilaporkan bahawa projek terbabit merupakan adaptasi daripada filem pendek Ranganathan yang berjudul App(a) Lock.[5] Kemudian, judul rasmi diumumkan sebagai Love Today dan menampilkan Pradeep sebagai pelakon utama.[6] Penerbit mendedahkan poster pandang pertama filem itu pada 4 Julai 2022.[7]
Penggambaran dan pemilihan pelakon
Ivana, yang sebelum ini muncul dalam filem seperti Naachiyaar (2018) dan Hero (2019), telah dipilh untuk memegang watak utama wanita, manakala Yogi Babu, yang pernah bekerjasama dengan pengarah dalam Comali, turut disahkan memegang peranan sebagai watak sokongan. Pada masa sama, Raveena Ravi dan pelakon veteran Sathyaraj serta Radhika Sarathkumar disahkan terlibat filem ini.[8] Penggambaran utama bermula pada Disember 2021.[9] Pada 22 Julai 2022 telah diumumkan bahawa keseluruhan penggambaran filem tersebut telah selesai.[10]
Remove ads
Runut bunyi
Muzik dan skor asal digubah oleh Yuvan Shankar Raja. Album ini menampilkan gabungan lagu romantis, santai dan emosional, dengan semua lirik yang ditulis oleh Pradeep Ranganathan.[11][12][13] Muzik ini mendapat sambutan baik apabila beberapa lagu berjaya memasuki carta muzik.[14]
Tayangan
Pawagam
Love Today ditayangkan di pawagam pada 4 November 2022.
Penstriman digital
Hak penstriman pascatayangan filem ini dijual kepada Netflix, manakala hak penyiaran satelit dijual kepada Kalaignar TV.[15] Filem ini mula distrim menerusi Netflix dari 2 Disember 2022 dalam bahasa Tamil, sera dalam versi alih suara Telugu, Malayalam dan Kannada [16]
Penerimaan
Respon kritikal
Love Today menerima ulasan positif daripada pengkritik.
Logesh Balachandran dari The Times of India memberikan 3.5 daripada 5 bintang dan menulis, “Secara keseluruhan, Love Today ialah tontonan yang menghiburkan dan sesuai untuk hujung minggu.”[17] Vishal Menon dari Film Companion menulis, “Dengan memilih kepuasan yang segera melalui komedinya berbanding meneroka tema yang lebih luas dan bermakna, Love Today akhirnya terasa biasa-biasa sahaja.”[18] Vignesh Madhu dari Cinema Express memberi 3.5 daripada 5 bintang dan menulis, “Ini ialah sebuah filem tentang cinta masa kini, dan Pradeep berjaya memastikan kisahnya relevan untuk semua.”[19] Srivatsan S dari The Hindu menulis, “Untuk sebuah filem yang mendakwa berkisarkan hubungan moden, anda akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang moden. Tapi anda tak boleh mengadu — ‘budak-budak 2K’ terhibur juga.”[20] Seorang pengulas dari Cinema Vikatan menulis bahawa secara umum, bukan sahaja kekasih dan pasangan, tetapi cinta itu sendiri berubah rupa serta sifat mengikut zaman Dinamalar memberi 3.25 daripada 5 bintang.Akshay Kumar dari DT Next memberikan 3.5 daripada 5 bintang dan menulis, “Love Today unik kerana penyampaian ringannya sambil tidak terperangkap dilabel sebagai filem ‘timepass".[21]
Pecah panggung
Pada hari pertama tayanganya, filem ini meraih lebih ₹6crore di seluruh dunia. Selepas tiga hari ditayangkan, kutipan pecah panggungnya melebihi ₹19 crore.[22] Pada hari ke-11 tayangan, jumlah kutipan global mencapai ₹50 crore.[23][24] Menjelang minggu pertama, kutipan keseluruhan di seluruh dunia meningkat kepada ₹70 crore.[25] Filem ini dianggarkan meriah hampir kepada ₹100 crore berbanding bajet ₹5 crore, sekali gus menjadikannya antara filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada tahun 2022.[2]
Remove ads
Pembuatan semula
Sebuah versi pembuatan semula dalam bahasa Hindi oleh penerbit yang sama berjudul Loveyapa telah ditayangkan pada 7 Februari 2025.[26]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads