Lupinus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lupinus
Remove ads

Lupinus ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Fabaceae. Genus ini termasuk lebih 199 spesies, dengan pusat kepelbagaian utama di Amerika Utara dan Selatan[1] ditambah dengan pusat-pusat lebih kecil ditemukan di Afrika Utara dan lembangan Mediterranean.[1][2]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...

Spesies-spesies dalam genus ini banyak ditanam sebagai sumber makanan dan sebagai tanaman hiasan, tetapi boleh menceroboh di beberapa kawasan.

Remove ads

Taksonomi

Collins Dictionary menyatakan nama genus ini dijejak ke abad ke-14 daripada kata bahasa Latin lupinus daripada lupus "serigala";[3] ini kerana tumbuhan dalam genus ini dipercayai kuat menghabiskan zat tanah seperti haiwan tersebut melahap daging mangsa yang diburu.[4]

Botani

Pokok dan daun

Spesies-spesies dalam genus ini jenis herba dan saka. Pokoknya tumbuh mencapai ketinggian 0.3–1.5 meter, tetapi ada juga spesies yang tumbuh semusim manakala ada yang renek mencapai 3 m tinggi.

Daun-daunnya berwarna hijau muda ke hijau kekelabuan padat berbulu halus perak. Helai daunnya terdiri daripada lima hingga 28 anak daun yang bercantum di tengah dalam kebanyakan spesies, kecuali beberapa spesies di tenggara Amerika Syarikat dan timur Amerika Selatan.[5]

Bunga dan buah

Bunga-bunga dalam genus ini muncul berpusar dalam sebatang bulir tegak. Setiap kuntum bunga panjangnya 1–2 sentimeter panjang; ia terdiri daripada satu kelopak atas yang panjang dan kelopak bawah berbentuk seperti lunas kapal dicantumkan daripada dua kelopak kepak hadapan dan dua ranggi bawah.

Buahnya jenis lenggai mengandungi beberapa biji benih. Benih-benih ini mengandungi alkaloid yang berasa pahit.

Remove ads

Kegunaan

Sebagai sumber makanan

Thumb
Isi dan kulit kacang tumbuhan Lupinus yang dikupas.

Biji-biji benih tumbuhan dalam genus ini dimanfaatkan sebagai sumber makanan selama lebih 3,000 tahun sekitar lembangan Mediterranean[6] dan selama 6,000 tahun di banjaran Andes.[7] Lauk-pauk menggunakan kacang benih Lupinus paling umum ditemukan di Eropah, terutamanya di Portugal, Sepanyol, Yunani, dan Itali.

Spesies Lupinus mutabilis dimakan meluas di Empayar Inka; biji kacangnya direndam dalam air mengalir untuk membuang alkaloid pahit kemudiannya dipanggang atau direbus dan dikeringkan untuk membuat kirku.[7]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads