M14

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

M14 atau nama rasminya Raifal Amerika Syarikat, Kaliber 7.62 mm, M14, adalah sepucuk raifal perang buatan Amerika Syarikat yang memiliki ciri tembakan pilihan dan menggunakan peluru NATO 7.62x51mm. M14 adalah senjata standard infantri Amerika Syarikat sehingga tahun 1970.[3] Ia digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat dalam latihan asas dan lanjutan individu, dan raifal infantri standard bagi CONUS, Eropah dan Korea Selatan, sebelum digantikan oleh Colt M16 pada tahun 1970. M14 kini masih digunakan secara terhad oleh tentera darat, laut, udara dan kor marin AS serta masih dikekalkan sebagai senjata istiadat. M14 juga menjadi asas untuk raifal penembak tepat M21 dan M25. Ia juga merupakan "raifal perang" terakhir (istilah yang digunakan bagi senjata yang menggunakan katrij raifal berkuasa penuh) yang diberikan kepada angkatan bersenjata A.S.

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads