MDMA
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
MDMA (3,4-metil
Walaupun MDMA tiada had dos, pendehidratan akut adalah antara risiko yang dihadapi oleh pengguna MDMA. Ini adalah kerana pengguna MDMA menjadi sangat aktif sehingga terlupa untuk meminum air memandangkan MDMA berupaya untuk menutup rasa haus dan kepenatan pengguna tersebut. Bahaya lain datang daripada bahan kimia lain (contohnya PMA atau metafetamina) yang selalu dicampur ke dalam ekstasi. Kesan jangka panjang MDMA masih belum diketahui.
Remove ads
Sejarah
MDMA dipatenkan pada 25 Disember 1914 oleh sebuah syarikat farmaseutikal Jerman, Merck selepas dua tahun disintesis. Pada masa itu, Merck mensintesis MDMA secara sistematik dan menpatenkan pelbagai jenis bahan kimia yang boleh digunakan untuk kesihatan manusia. Namun MDMA tidak terkenal dan dilupakan.
Pada 1960an, Dr. Alexander Shulgin mencadangkan MDMA untuk digunakan dalam sesi terapi. Beliau menamakan dadah ini sebagai window (tingkap). Dadah ini digunakan secara terapeutik oleh pakar psikoterapi kerana kesan empatogenik MDMA. Namun pada tahun 1980an, penggunaan MDMA untuk tujuan itu diharamkan.
Sehingga pertengahan tahun 1980an, MDMA masih boleh digunakan secara sah di Amerika Syarikat. Pada tempoh waktu yang sama MDMA mula digunakan untuk tujuan rekreasi di sesetengah Yuppie bar ( Young Urban Professional ) di Dallas, dan kemudiannya di kelab kelab homoseksual. Selepas itu, MDMA mula tersebar ke kelab malam rave, dan seterusnya ke masyarakat umum. Pada tahun 1990an, MDMA semakin terkenal di kalangan golongan muda di universiti dan sekolah tinggi. Penyebaran MDMA adalah sangat pantas sehingga muncul dalam satu dokumentari pada 2004 yang bertajuk No other drug has ever spread so fast.
Remove ads
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
