M Countdown

From Wikipedia, the free encyclopedia

M Countdown
Remove ads

M Countdown (Hangul: 엠카운트다운) ialah sebuah program televisyen muzik Korea Selatan disiarkan oleh Mnet dari CJ E&M Center Studio, Sangam-dong, Daerah Mapo, Seoul. Program ini disiarkan secara langsung setiap Khamis pada pukul 6:00 petang KST. Program ini menampilkan artis paling popular dan terbaru yang mempersembahkan lagu secara langsung di atas pentas.[1] Sehingga Januari 2024, M Countdown dihoskan oleh Sung Han-bin Zerobaseone, Lee So-hee Riize dan Myung Jae-hyun BoyNextDoor serta pelbagai artis yang dijemput ke acara ini setiap minggu.

Fakta Segera Genre, Pengacara ...
Remove ads

Siaran

M Countdown disiarkan secara langsung di televisyen domestik pada 6 petang KST setiap Khamis.[2] Penstriman langsung boleh didapati di peringkat antarabangsa melalui halaman M Countdown On Air di laman web Mwave.

Di Filipina, siaran langsung berbilang tontonan dalam talian bagi rancangan ini tersedia melalui gigafest.smart.[3] Ia mula disiarkan di rangkaian siaran percuma TV5 dari 31 Januari 2021, namun disebabkan rating rendah pada rangkaian, ia akan berakhir pada 6 Mac 2022. Episod penuh dengan sari kata bahasa Inggeris ditayangkan setiap malam Ahad, bersama satu lagi rancangan K-Chart Music Bank di GMA HallyPop. Sementara itu, beberapa episod M Countdown seperti Hot Debut dan Comeback Stage sudah tersedia di YouTube Filipina sejak bulan Januari 2022.[4]

Remove ads

Pengacara rasmi

Thumb
Thumb
Thumb
Sung Han-bin Zerobaseone (kiri), Myung Jae-hyun BoyNextDoor (tengah) dan Sohee Riize (kanan) menjadi pengacara rancangan ini sejak 30 Mei 2024.

Pada bulan Februari 2010, Mnet mengumumkan kumpulan baharu lapan juruacara, yang terdiri daripada ahli terpilih dari 2PM, 2AM, CNBLUE dan MBLAQ. Digelar "MCD GUYZ", mereka menganjurkan rancangan ini dalam subkumpulan tiga atau empat pada satu masa. Ini menandakan kali pertama MCountdown menyimpang daripada tradisinya mempunyai 1–2 penyampai tetap.[8]

Berikutan Key meninggalkan posisinya sebagai pengacara pada 13 April 2017, M Countdown mengumumkan pelaksanaan "sistem MC khas" penyampai jemputan memandangkan penggantian tetap belum diputuskan.[18] Hos "baru" pertama yang dipilih ialah penyanyi kumpulan wanita Hani daripada Exid dan Kyulkyung dan Nayoung daripada Pristin—mereka muncul pada siaran 20 April.[30]

Antara bulan April 2018 dan Mac 2019, rancangan ini dihoskan oleh "Global MC Crew" idola yang mampu bercakap pelbagai bahasa asing.[31]

Remove ads

Lihat juga

Nota

  1. Tarikh mula tepat untuk Leeteuk, Shindong, dan Kangin tidak disebut oleh mana-mana sumber, hanya bulannya. Tarikh terakhir Kangin pun tidak disebut, cuma bulan dia pergi.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads