Macklemore
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Benjamin Hammond Haggerty (lahir 18 Jun 1983) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Macklemore (/ˈmæk.ləmɔːr/),[1] adalah penyanyi rap Amerika Syarikat.
Beliau naik tangga tertinggi carta Billboard Hot 100 dengan lagu "Thrift Shop" karya sama Ryan Lewis pada tahun 2013 yang terjual lebih dari 2.2 juta salinan[2] sekaligus lagu tunggal pertama mandiri tanpa label rakaman besar seumpamanya sejak tahun 1994.[3] Sejarah ini berulang dengan lagu tunggal "Can't Hold Us" dari The Heist pada tahun berikutnya.[4]
Remove ads
Awal hidup
Ben Haggerty lahir di Seattle, negeri Washington pada 19 Jun 1983, beliau anak kedua kepada Bill Haggerty dan Julie Schott yang keturunan Ireland beranutan Katolik.[5][6]
Beliau pertama kali mengenal hip hop saat berusia enam tahun mendengarkan lagu Digital Underground,[7] beliau mula mengarang lirik rap pada usia 15 tahun.[8] Artis-artis yang berpengaruh dalam memutik awal minatnya pada ketika ini termasuk Freestyle Fellowship, Aceyalone, Living Legends, Wu-Tang Clan, Nas, dan Talib Kweli.[9]
Belaiu meraih gelar sarjana dari The Evergreen State College pada tahun 2005.[10]
Remove ads
Kerjaya muzik
Macklemore menerbitkan sebuah album mini berjudul Open Your Eyes pada tahun 2000 dengan nama "Professor Macklemore". Beliau mengubah sikit namanya untuk album studio pertamanya, The Language of My World pada tahun 2005. Pada 2006, beliau berkenalan dengan Ryan Lewis yang menjadi penerbit rakaman bersama.[11] Pada Ogos 2008, Macklemore mendapati diri ketagihan dadah dan arak sehingga memasukkan diri ke dalam suatu rancangan pemulihan diri,[12][13] beliau bebas selama tiga tahun sebelum terjebak kembali pada tahun 2011.[14]
Pada 11 Disember 2017, Macklemore mengumumkan konsert jelajah "The Adventures of Kesha and Macklemore" bersama Kesha untuk mempromosikan album masing-masing Gemini dan Rainbow.[15]
Tahun 2020-an
Beliau mengalami masalah ketagihan dadah kembali berikutan perintah berkurung pandemik COVID-19 se-Amerika Syarikat yang hampir meragut nyawanya, beliau berjaya dirawat sembuh. Pengalaman ini selain cabaran membesarkan anak-anaknya memberi ilham kepada sebuah album terbaharu iaitu Ben yang terbit 2020.[16][17]
Berikutan berita pembedilan orang awam Gaza oleh tentera rejim Israel pada awal Oktober 2023 yang mencetuskan tunjuk perasaan besar seluruh dunia, beliau terlibat dalam tunjuk perasaan seumpamanya di Washington, D.C. pada awal November 2023.[18] Beliau juga antara artis terkenal Amerika Syarikat menandatangani surat mendesak pemerintah Amerika Syarikat menggencatkan senjata tentera Israel pada 30 Oktober tahun sama.[19] Pada tahun 2024, beliau menerbitkan lagu "Hind's Hall" yang memperingati kejadian pendudukan besar Dewan Hamilton oleh para aktivis Yahudi pelajar Universiti Columbia dalam pekarangan kampus melawan pihak berkuasa universiti tersebut yang melabur langsung ke dalam rejim Israel.[20][21] Semua keuntungan pembelian lagu ini disalurkan kepada tabung amal Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu.[22]
Remove ads
Diskografi
Album studio
- The Language of My World (2005)
- The Heist (bersama Ryan Lewis) (2012)
- Gemini (2017)
- Ben (2023)
Mixtape
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
