Macky Sall

From Wikipedia, the free encyclopedia

Macky Sall
Remove ads

Macky Sall (lahir 11 Disember 1961[1]) ialah seorang ahli politik Senegal yang terpilih sebagai presiden negara tersebut pada Mac 2012; beliau mengangkat sumpah pada 3 April 2012. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Senegal di bawah pemerintahan Presiden Abdoulaye Wade dari April 2004 hingga Jun 2007 serta mengerusi Perhimpunan Kebangsaan Senegal dari Jun 2007 hingga November 2008.[2] Beliau pernah menjadi Datuk Bandar Fatick dari 2002 hingga 2008 dan kemudian dari April 2009 hingga kini.

Fakta Segera Presiden Senegal, Perdana Menteri ...

Sall merupakan anggota lama Parti Demokratik Senegal. Selepas beliau berselisih faham dengan Presiden Wade, beliau disingkirkan daripada jawatan Presiden Perhimpunan Kebangsaan pada November 2008; lantas beliau mengasaskan parti baharu dan menyertai pembangkang. Mendapat tempat kedua dalam pusingan pertama pilihan raya presiden Februari 2012, beliau mendapat sokongan calon pembangkang lain dan berjaya mengatasi Wade dalam pusingan kedua pada 25 Mac.[3]

Remove ads

Awal hidup

Macky merupakan seorang dari enam-adik beradik kepada Amadou Abdoul Sall, seorang pegawai pemerintah dalam Parti Sosialis Senegal keturunan suatu keluarga tuan tanah Futa Tooro terkenal, dan Coumba Thimbo, seorang pedagang kacang tanah dari keturunan pahlawan Fula.[4][5]

Beliau melanjutkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan geologi di Institut Sains Bumi Universiti Dakar sebelum ke Institut Petroleum Perancis di Paris.[2]

Remove ads

Kerjaya politik

Beliau menyertai Parti Demokratik Senegal (PDS) pada lewat tahun 1980-an.[6]

Beliau berjaya diundi masuk Perhimpunan Negara Senegal melalui parti La Coalition pada pilihan raya umum 2007.[7]

Pada 21 April 2004, Macky dipilih menggantikan jawatan orang sebelumnya, Idrissa Seck yang dipecat Presiden Abdoulaye Wade.[8]

Presiden Senegal

Pada 17 Januari 2019, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Macky Sall sejurus selepas ketibaan beliau ke Senegal untuk menghadiri satu persidangan mengenai Afrika.[9] Mahathir diberi penghormatan oleh kerajaan Senegal apabila Macky Sall menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Leopold Sedar Senghor.[10]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads