Macrochelys

From Wikipedia, the free encyclopedia

Macrochelys
Remove ads

Macrochelys ialah genus kura-kura terbesar air tawar dari keluarga Chelydridae yang berasal dari tenggara Amerika Syarikat. Hanya satu taksa spesies yang dianggap sah kewujudannya. Bagaimanapun, kajian terkini pada tahun 2013 oleh Hoser menemukan beberapa lagi spesies.[2]

Fakta Segera Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Spesies

Pada asalnya, hanya satu taksa yang diakui wujud, namun berdasarkan pemerhatian, beberapa spesies ditemukan:[3][4]

  • Macrochelys maxhoseri (Hoser, 2013) – Kura-kura Buaya Suwanee
  • Macrochelys temminckii (Troost, 1835) – Kura-kura Buaya

Spesies berikut pernah dicadangkan,[5][6] namun pengesahannya masih diragui.[7] Reptile Database[3] dan Kumpulan Pakar Kura-kura IUCN mengandaikan ia daripada spesies yang berbeza berbanding M. temminckii.[4]

  • Macrochelys apalachicolae (Thomas et al., 2014) – sinonim dari M. Muscati Hoser, 2013 yang masih diragui - Kura-kura Buaya Apalachicola
Remove ads

Sejarah fosil dan spesies yang pupus

Tidak seperti semua ahli dalam keluarga Chelydridae, genus Macrochelys hanya ada di Amerika Utara. Hutchison (2008) mengandaikan genus Chelydrops ialah sinonim junior daripada Macrochelys, dan digabungkan menjadi jenis spesiesnya, Chelydrops stricta yang muncul dari zaman Miosen, iaitu awal Barstovian di Nebraska, yang seterusnya menjadi spesies keempat dari genus Macrochelys.[8]

Dua spesies lagi yang telah pupus (fosil):

  • Macrochelys auffenbergi (Dobie, 1968) (dari zaman pertengahan Pliosen di Florida)
  • Macrochelys schmidti (dari zaman awal pertengahan Miosen di Nebraska)
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads