Mahmud Jun

Pelakon veteran lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mahmud Jun
Remove ads

Dato' Mahmood Derani atau lebih dikenali sebagai Mahmud Jun (20 Januari 1921 – 14 Februari 2002) merupakan seorang seniman serba boleh dan sering melakonkan watak-watak "bengis" dalam filem Melayu.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal

Nama sebenar beliau ialah Mahmud bin Derani. Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1921 di Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Filem-filem terkenal lakonan beliau adalah seperti Jalak Lenteng, Sri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Kerjaya teater dan filem

Sebelum memasuki bidang perfileman, beliau berlakon di pentas bangsawan dengan menyertai kumpulan Grand Nooran Opera, Seri Nooran Opera, Rubis Opera, Royal Star Opera, United Opera, Oriental Opera, Grand Jubilee Opera dan M. June Opera. Watak pertamanya di bawah bangsawan Pak Yem ialah melalui pementasan Porter 13 dan beliau telah berjaya membawa wataknya berdasarkan pengalamannya bekerja sebagai tukang angkat beg di stesen kereta api Ipoh.

Setelah melibatkan diri di dalam pentas bangsawan, beliau menyertai Cathay-Keris Film Productions di Singapura dan filem pertamanya di Cathay Keris ialah Orang Lichin arahan L. Krishnan pada tahun 1958. Watak-watak zalim dan bengis yang dilakonkan oleh beliau sangat berkesan sehingga penonton-penonton filem Melayu pada ketika itu membencinya. Selain itu beliau turut diberi peluang berlakon dalam beberapa buah filem antaranya seperti filem Siti Zubaidah, Noor Islam, Selendang Merah, Jalak Lenteng, Orang Minyak dan Dang Anom.

Lima tahun kemudian, beliau menyertai Merdeka Film Studio (Studio Merdeka) di Hulu Kelang. Sewaktu beliau berada di Studio Merdeka, beliau berpeluang berlakon bersama Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee antaranya seperti Si Tora Harimau Jadian, Ragam P. Ramlee, Masam-Masam Manis, Sabarudin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Namun, watak yang dipegangnya berubah sewaktu bersama Studio Merdeka dan sekitar tahun 70-an dan 80-an. Beliau memegang watak-watak lucu, memegang watak sebagai bapa, datuk dan orang kaya di zaman moden. Antara lakonan beliau pada tahun 70-an dan 80-an ialah seperti Panglima Badol, Si Badol, Guru Badul dan Bujang Lapok Kembali Daa. Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara pada tahun 1997 arahan Shuhaimi Baba.

Thumb
Ketika menjayakan salah satu watak dalam sesebuah filem

Selain bergiat aktif dalam filem, beliau juga turut berlakon drama. Antara drama-drama lakonan beliau seperti Luk Tujuh bersama Eman Manan, Harimau Harimau dan Orang Kaya Paduka.

Selain filem, beliau pernah berlakon dalam iklan televisyen untuk satu jenama teh terkenal. Gelagatnya dalam iklan tersebut menarik minat ramai penonton.

Remove ads

Perkahwinan

Dalam kehidupan peribadinya, beliau pernah berkahwin sebanyak 16 kali dan dengan Maharom Abdul Ghani, jodohnya kekal hingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh perkahwinannya, beliau dikurniakan enam anak, 16 cucu dan tiga cicit.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 14 Februari 2002 pada pukul 5.50 petang ketika berusia 81 tahun dirumahnya di Kampung Laksamana, Selayang. Sebelum itu, beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung, Hospital Selayang kerana menghidap penyakit asma dan masalah paru-paru. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang.[1]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencapaian

  • Anugerah Seniman dan Pelakon Terbaik pada tahun 1974.
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang pertama (1980) menerusi filem Sumber Ilhamku.
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 (1983) menerusi filem Langit Petang.
  • Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-6 (1986).
  • Anugerah Seniman Veteran di Anugerah Bintang Popular 1995.
  • Ahli Mangku Negara pada tahun 1986.
  • Ahli Mahkota Kedah pada tahun 1987.
  • Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah yang menbawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Kedah pada bulan Januari 2001.
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads