Makaron

From Wikipedia, the free encyclopedia

Makaron
Remove ads

Makaron ([ma.ka.ron], pinjaman bahasa Perancis: macaron serapan Itali Selatan maccarone)[1] ialah sejenis manisan berasaskan meringue diperbuat daripada putih telur, gula aising, gula kasar, badam yang telah dikisar dan pewarna makanan.

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...

Ia terdiri daripada kepingan meringue seakan biskut yang diisi inti tertentu seperti krim mentega, ganache atau jem.

Remove ads

Sejarah

Kuih ini lama dibuat di biara-biara Venezia oleh para rahib yang menghuninya sejak kurun ke-8 Masihi. Ia mula diperkenalkan di Perancis oleh tukang masak upahan Caterina de' Medici pada 1533 sebaik Caterina mengahwini Henri II, Raja Perancis.[2]

Makaron dahulunya dihidangkan begitu sahaja tanpa sebarang isi atau perisa khusus.[3] Pada tahun 1930-an makaron mula dikenali dengan cara hidangan yang sering diketahui dengan pelbagai perisa, di mana makaron ini dikenali dengan nama "Gerbet" - sempena seorang pembuat roti bernama Claude Gerbet yang mendakwa diri sebagai pencipta manisan tersebut[4][5] - atau macaron parisien ("makaron Paris").

Remove ads

Cara memasak

Meringue dimasak melalui beberapa cara berbeza:

  • cara Perancis: putih telur dipukul sehingga suatu meringue beku terbentuk. Badam dan gula kisar diayak sambil dikacau sehingga mencapai suatu kelikatan tertentu.[6]
  • cara Itali: putih telur dipukul bersama sirap panas membentuk suatu meringue.

Rujukan

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads