Malassezia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Malassezia (dahulunya dikenali sebagai Pityrosporum) merupakan genus fungi. Malassezia dijumpai secara semulajadi pada permukaan kebanyakan haiwan termasuk manusia. Kadangkala peluang jangkitan sesetengah spesies mampu menyebabkan hipopigmentasi pada badan dan lokasi lain pada manusia. Ujian alahan bagi fungi ini wujud. Malassezia adalah sejenis kulat yang boleh menyebabkan penyakit panau kulit.
Remove ads
Nomenclature
Akibat perubahan kemajuan pada nomenclature mereka, terdapat kekeliruan mengenai penamaan dan pengelasan spesies yis Malassezia. Kajian mengenai yis ini sukar kerana ia amat sukar membiak dalam kultur makmal.
Malassezia pada asalnya dikenal pasti oleh ahli sains Perancis Louis-Charles Malassez pada akhir abad ke-19. Raymond Sabouraud mengenal pasti mikroorganisma penyebab kelemumur pada tahun 1904 dan menggelarnya sebagai "Pityrosporum malassez", penghormatan bagi Malassez, tetapi pada tahap spesies berlawanan kepada tahap genus. Apabila ia dipastikan bahawa organisma adalah serupa, istilah "Malassezia" dinilai lebih penting.[1]
Pada pertengahan abad ke-20, ia dikelaskan semula kepada dua spesies:
- Pityrosporum (Malassezia) ovale, yang bergantung kepada lipid dan hanya terdapat pada manusia. P. ovale yang kemudiannya dibahagi kepada dua speseis lanjut, P. ovale dan P. orbiculare, tetapi sumber kini menganggap istilah ini merujuk kepada spesies tunggal fungi, dengan M. furfur merupakan nama pilihan.[2]
- Pityrosporum (Malassezia) pachydermatis, yang merupakan lipophilik tetapi bebas lipid, dijumpai pada kulit kebanyakan haiwan.
Pada pertengahan-1990-an, ahli sains dari Institut Pasteur di Paris, Perancis, menjumpai spesies baru.[3]
Masa kini terdapat 10 spesies yang diakui:
Remove ads
Peranan dalam penyakit manusia
Beru-baru ini pengecaman Malassezia pada kulit telah dibantu dengan penggunaan teknik molekular atau berasaskan-DNA sama seperti yang digunakan oleh ahli sains forensik bagi mengenal pasti orang yang disyaki. Penyiasatan ini menunjukkan bahawa spesies Malassezia menyebabkan kebanyakan penyakit kulit pada manusia, termasuk punca utama kelemumur dan seborrhoeik dermatitis, adalah M. globosa (sungguhpun M. restricta turut terbabit).[5] Radang kulit tinea versicolor (pityriasis versicolor) juga disebabkan oleh jangkitan fungi ini.
Oleh kerana fungi memerlukan lemak untuk membesar, ia paling banyak terdapat di kawasan banyak kelenjar minyak ("sebaceous gland"): pada kulit kepala,[12] muka, dan bahagian atas badan. Apabila fungi tumbuh terlalu cepat, pertumbuhan baru sel semulajadi terganggu dan kelemumur muncul dengan rasa gatal-gatal (proses yang sama juga mungkin berlaku dengan fungi dan bakteria lain).
Projek pada tahun 2007 telah menunjukkan jujukan genom Malassezia globosa punca kelemumur dan mendapati ia memiliki 4,285 gen.[13] M. globosa menggunakan lapan jenis lipase berlainan, bersama tiga fosfolipase ("phospholipases"), untuk mengurai minyak pada kulit kepala. Mana-mana dari 11 protein ini merupakan sasaran yang sesuai bagi ubat kelemumur.
M. globosa telah dijangka memiliki keupayaan membiak secara seksual,[13][14] tetapi ia tidak pernah dilihat.
Remove ads
Bilangan
Bilangan contoh M. globosa pada kepala manusia boleh mencecah sepuluh juta.
Rawatan bagi jangkitan simptom kulit kepala
Simptom jangkitan kulit kepala sering dirawat dengan syampu mengandungi selenium disulfide[15] atau ketoconazole. Rawatan lain termasuk syampu berubat ciclopirox olamine, tar batu arang, zink pyrithione (ZPT), miconazole, atau minyak pokok teh. Hidrogen peroksida juga digunakan sekali-sekala dan dicairkan dengan air bagi mengawal simptom gatal-gatal. Bagaimanapun, dengan keupayaan pengoksidanya dalam tindak balas dengan katalase, mampu menyebabkan parut berlaku dengan rawatan ini.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads