Maria Mariana

Filem Malaysia 1996 arahan Datuk Yusof Haslam From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Maria Mariana ialah sebuah filem aksi jenayah Malaysia 1996 yang diarahkan oleh Yusof Haslam dan ditayangkan pada 18 April 1996.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Maria dan Mariana, dua beradik namun berbeza perwatakan. Mariana seorang gadis liar manakala Maria seorang gadis yang baik dan cemerlang dalam pelajaran. Apabila menginjak dewasa, Maria berjaya menjadi seorang anggota polis, manakala Mariana masih bersikap liar. Bagaimanapun, kehadiran Jefri mengubah kehidupan Mariana menjadi lebih baik. Namun, Mariana kembali menjadi liar setelah mengetahui Jefri sebenarnya menyukai Maria berbanding dirinya. Tatkala hubungan mereka dua beradik bergolak, ketua penjenayah iaitu Tony dan Robert yang berdendam dengan Maria selepas kegiatan haram mereka ditumpaskan, kemudian bertindak menculik Mariana sebagai tebusan. Maria segera menyelamatkan adiknya namun dia terpaksa bertarung nyawa apabila dia ditembak ketika cuba menyelamatkan Mariana.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Noraini Hashim sebagai Zainab, Ibu kepada Maria Mariana & Isteri kepada Zakaria
  • Roy Azman sebagai Ray, Teman Lelaki Mariana & Ketua geng motor
  • Kenji Sawahi sebagai Tony, Ketua kongsi gelap & Abang kepada Robert
  • A. Galak sebagai Zakaria, Ayah kepada Maria Mariana dan suami Zainab
  • Shaharon Anuar sebagai ASP Anuar
  • Jesslyn sebagai Insp. Susan
  • T.S Jeffry sebagai Robert
  • Aziz Singah sebagai Haji Baharom (Pengetua sekolah)
  • Deen Maidin sebagai Penjahat 1
  • Musikal sebagai Penjahat 2
  • Zulkifli sebagai Penjahat 3
  • Majed Salleh sebagai Pengurus
  • Md Nor Bond sebagai Kawan Ray
  • Yank Kassim sebagai Ameng
Remove ads

Lagu-lagu

Maklumat lanjut No., Tajuk ...

Produksi

Filem ini melakukan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur antaranya SMK Aminuddin Baki, Kg Pandan serta Bukit Tinggi, Pahang dan Genting Highlands. Malah Skop Production bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi khidmat teknikal, persenjataan untuk menghidupkan karakter Maria.

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads