Marie Curie

Ahli fizik dan kimia From Wikipedia, the free encyclopedia

Marie Curie
Remove ads

Marie Salomea Skłodowska Curie (7 November 1867 – 4 Julai 1934) adalah seorang ahli fizik dan kimia Perancis kelahiran Poland yang terkenal di sebabkan hasil kerja beliau dalam bidang keradioaktifan. Beliau adalah pelopor dalam bidang keradioaktifan dan orang pertama yang dianugerahkan dua Hadiah Nobel[1]—di dalam bidang fizik dan kimia. Beliau juga adalah profesor wanita pertama yang bekerja di Universiti Paris.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal

Dari zaman kanak-kanak, Marie Curie diketahui sebagai seorang prodigy disebabkan ingatannya yang luar biasa. Pada usia 16 tahun dia memenangi pingat emas selepas menamatkan pendidikan menengahnya di lycée Rusia. Disebabkan peristiwa dimana bapa Marie Curie yang merupakan seorang guru matematik dan fizik telah kehilangan simpanannya melalui pelaburan yang tidak baik, dia terpaksa bekerja sebagai guru dan, pada masa yang sama, mengambil bahagian secara rahsia dalam "universiti bebas" nasionalis, membaca dalam bahasa Poland kepada pekerja wanita. Pada usia 18 tahun, Marie Curie mengambil jawatan sebagai pengasuh, di mana dia mengalami hubungan cinta yang tidak bahagia. Daripada pendapatannya, dia dapat membiayai pengajian perubatan kakaknya Bronisława di Paris, dengan pemahaman bahawa Bronisława seterusnya akan membantunya untuk mendapatkan pendidikan.

Remove ads

Rujukan

Fiksyen

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads