Mark Zuckerberg

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mark Zuckerberg
Remove ads

Mark Elliot Zuckerberg (lahir 14 Mei 1984) merupakan usahawan teknologi dan dermawan Amerika Syarikat.[2][3] Beliau terkenal sebagai pengasas Facebook, sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di White Plains, New York[4] kepada pasangan Karen, seorang ahli psikiatri, dan Edward Zuckerberg, seorang doktor gigi. Beliau bersama tiga adik-beradik perempuannya, Randi, Donna, dan Arielle,[5] dibesarkan di Dobbs Ferry, New York.[5] Zuckerberg dibesarkan sebagai seorang Yahudi dan mengikuti bar mitzvah ketika menginjak usia 13 tahun,[6][7] meskipun mengaku dirinya sebagai seorang ateis.[7][8]

Remove ads

Kerjaya

Facebook

Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.

Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.

Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007.[9]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads