Masashi Kishimoto

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Masashi Kishimoto (岸本斉史, Kishimoto Masashi) (lahir 8 November 1974), ialah pencipta dan pengarang manga popular Naruto. Dia memulakan kerjayanya sebagai pelukis manga dengan hasil kerjanya yang pertama iaitu Karakuri, yang dihantarkan kepada Shueisha pada tahun 1996. Bermula tahun 1999, hasil kerja seterusnya ialah Naruto dan diterbitkan dalam Majalah Mingguan Shonen Jump sebuah majalah manga. Kishimoto telah menerima Anugerah Hop Step yang diberi kepada artis baru setiap bulan oleh Shonen Jump.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...

Saudara kembarnya, Seishi Kishimoto juga seorang pelukis manga dan pengarang manga 666 Satan. Hasil kerja mereka yang seakan-akan sama telah membuatkan ada pihak menuduh berlakunya plagiarisme.

Remove ads

Kehidupan awal

Lahir di Nagi, Okayama, Masashi Kishimoto telah mula melukis sejak usia pra-sekolah lagi. Dia mengidamkan untuk menjadi seorang pelukis komik ketika masih di sekolah rendah. Salah satu siri manga yang diminati Kishimoto ialah Doraemon. Masashi Kishimoto juga ialah peminat manga Dragon Ball dan Dragon Ball Z, dan pengarang manga itu Akira Toriyama. Dia juag merupakan peminat One Piece, Ghost in the Shell, dan Akira. Masashi Kishimoto juga pernah berkata dia amat mengagumi hasil kerja Toriyama sehinggakan ia memainkan peranan yang besar dalam penghasilan manga Naruto.

Remove ads

Hasil kerja

  • Karakuri Siri pendek (1996 - 1999)
  • Naruto Siri pendek (1997)
  • Naruto (1999 - 2014)
  • Bench Siri pendek (11 Oktober 2010)
  • Mario Siri pendek (2 Mei 2013)

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads