Masjid Nasir al-Mulk
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Masjid Nasir al-Mulk (Parsi: مسجد نصیر الملک Masjed-i Nasir al-Mulk), juga dikenali sebagai Masjid Merah Jambu merupakan sebuah masjid tradisional di Shiraz, Iran. Ia terletak berhampiran Masjid Shāh Chérāgh.
Masjid ini mengandungi kaca berwarna yang luas di fasadnya, dan memaparkan unsur-unsur tradisional lain seperti reka bentuk Panj Kāse (lima lekuk). Dalam budaya popular, masjid ini digelar Masjid Merah Jambu atau Masjid Pink[1] kerana penggunaan jubin berwarna merah jambu yang banyak sebagai reka bentuk dalamannya.[2]
Remove ads
Sejarah
Masjid ini telah dibina semasa era Qajar dan masih digunakan dibawah perlindungan oleh Yayasan Wakaf Nasir al Mulk. Ia telah dibina dari tahun 1876 sehingga 1888 atas arahan Mirza Hasan Ali (Nasir al-Mulk), iaitu seorang pemerintah Qajar.[3] Rekaannya oleh Mohammad Hasan-e-Memār, seorang arkitek Iran, bersama-sama dengan Mohammad Rezā Kāshi-Sāz-e-Širāzi.[4]
Penyelenggaraan
Pemulihan, perlindungan, dan penyelenggaraan monumen ini diteruskan di bawah Yayasan Wakaf Nasir al Mulk.
Galeri
- Halaman dalaman.
- Pintu masuk.
- Siling salah satu gerbang.
- Siling dalaman Masjid Nasid al-Mulk.
- Kaca berwarna dalam masjid.
- Kaca berwarna dalam masjid.
- Seseorang sedang bersembahyang dalam ruang yang dihiasi kaca berwarna.
- Dalam masjid.
Pautan luar
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads