Masjid al-Azhar

masjid di Kaherah Islam, Mesir From Wikipedia, the free encyclopedia

Masjid al-Azhar
Remove ads

Masjid Al-Azhar (Arab: الجامع الأزهر, rumi: al-Jāmiʿ al-ʾAzhar), dikenali di Mesir secara ringkas sebagai al-Azhar, ialah sebuah masjid di Kaherah, Mesir di pusat bersejarah Islam di bandar raya tersebut. Pembinaanya terletak di bawah Jeneral Jawhar al-Siqilli selepas Kaherah ditubuhkan sebagai ibu kota baharu bagi Khilafah Fatimiyah di bawah Khalifah Abu Tamim Ma'ad al-Muizz li-Din Allah, pada tahun 97. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di bandar tersebut yang kemudiannya diberi gelaran "Kota Seribu Menara".[b] Namanya biasa dianggap muncul daripada perkataan az-Zahrāʾ (bermaksud "yang cantik mekar"), gelaran yang diberikan kepada Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad.

Fakta Segera Info asas, Lokasi ...

Selepas penubuhannya pada 972, dan dengan pengambilan 35 orang ulama sebagai penggiat masjid pada 989, masjid ini secara perlahan-lahan membangun menjadi seperti hari ini yang merupakan universiti kedua paling lama beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyyin di Fes. Universiti Al-Azhar telah lama diiktiraf sebagai institusi unggul dalam dunia Islam bagi pengajian akidah ahli Sunah waljamaah dan syariah, atau perundangan Islam. Universiti tersebut, yang disepadukan dengan masjid menjadi sebahagian sekolah masjid sejak penubuhannya, telah dimiliknegarakan dan secara rasmi menjadi universiti awam pada 1961, berikutan Revolusi Mesir 1952.

Melalui sejarahnya yang panjang, masjid ini telah silih berganti diabaikan dan disanjung tinggi. Disebabkan ia dibina sebagai institusi Syiah Ismailiyah, Salahudin al-Ayubi dari dinasti Sunni yang menemui institusi ini, membuang statusnya sebagai masjid jamik dan tidak membiayai pengajar dan pelajar di sekolah tersebut. Tindakan ini ditarik balik di bawah pemerintahan Kesultanan Mamluk, yang memerintahkan pengembangan dan pembaikpulihan tempat ini. Penguasa Mesir yang kemudiannya menunjukkan tahap penghormatan yang berbeza kepada masjid ini dan memberikan pelbagai bantuan kewangan, sama ada kepada sekolah mahupun bagi pemeliharaan masjid. Kini, al-Azhar kekal menjadi institusi berpengaruh bagi masyarakat Mesir yang diikuti oleh dunia Islam dan sebagai lambang kepada Islam di Mesir.

Remove ads

Lihat juga

  • Islam di Mesir
  • Bab al-Futuh
  • Sabil-Kuttab dari Katkhuda
  • Sejarah kubah Arab Zaman Pertengahan dan Eropah Barat

Nota

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads