MasterChef USA

From Wikipedia, the free encyclopedia

MasterChef USA
Remove ads

MasterChef USA merupakan sebuah rancangan pertandingan memasak Amerika yang disiar di saluran PBS dari 2000 hingga 2001.[1] Siri ini diacarakan oleh Gary Rhodes dan siri ini antara rancangan memasak yang paling mendapat sambutan di saluran PBS.[1] Siri ini diambil formatnya secara terus dari MasterChef terbitan BBC Britain, yang turut menjadikan Rhodes sebagai pengacara pada 2001.[2] Rancangan ini mempunyai dua musim.[3]

Fakta Segera Pengacara, Negara asal ...

Musim pertama mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 1 April 2000 dengan jumlah waktu siaran selama 13 episod setengah jam dan satu episod istimewa selama sejam.[4] 27 orang peserta dipilih dari uji bakat serata negara dan menyaksikan pengurus pejabat, Nancy Vaziri dari Homewood, Illinois memenangi kejuaraan MasterChef 2000.[5]

Musim kedua bermula pada 7 April 2001 dengan 13 episod setengah jam dan satu episod istimewa sejam. [4] Seperti yang lepas, 27 peserta terpilih dan guru biologi, Lala Cheema dari Port Orange, Florida telah memenangi MasterChef 2001.[6]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads