Mebibit

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mebibit (singkatan daripada mega binary binary digit dalam bahasa Inggeris) ialah unit maklumat atau storan komputer yang disingkatkan kepada Mibit dan kekadangnya Mib.

1 mebibit = 220 bit = 1,048,576 bit = 1024 kibibit
Fakta Segera Kuantiti bit, Awalan SI ...

Unit ini paling berguna untuk mengukur muatan ingatan capaian rawak (RAM) dan ingatan baca sahaja (ROM).

Mebibit adalah berkait rapat dengan megabit yang merupakan 106 bit = 1,000,000 bit, tetapi kekadangnya digunakan untuk menandakan nilai mebibit dalam slanga teknologi komputer.

Pada sepanjang dekad-dekad 1980-an dan 1990-an, para pengilang permainan video kekadang menonjolkan jumlah ROM kartrij dalaman (dalam “megabit”) pada bungkusan mereka sebagai tumpuan jualan mereka. Satu “megabit” adalah sama dengan 128 KiB; 8 “megabit” adalah sama dengan satu mebibait ROM yang mengandungi arahan dan data permainan.

Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads